Followers

Thursday, 1 March 2012

22 Janji Tidak Di Tunaikan - Rakyat Kelantan Sudah Bersuara


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan Pas Kelantan menunaikan 22 janji kepada rakyat yang masih belum ditunaikan sejak 1990.

Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) yang merupakan gabungan beberapa NGO akan melakukan satu gerakan secara besar-besaran untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya Pas masih gagal menunaikan janji tersebut.

Dengan slogan Acu Test Sepenggal, Gerakan Tukar mendakwa kesemua tuntutan itu adalah janji yang diberikan Pas Kelantan dalam manifesto mereka pada beberapa pilihan raya umum lalu.


Pengerusinya, Kamarudin Kasin berkata, rakyat Kelantan tidak boleh lagi disogok dengan pelbagai harapan dan janji palsu kerana ia hanya tipu daya Kerajaan Pas Kelantan bagi menutup kelemahan sendiri kerana gagal menunaikan janji mereka.

"Pada Pilihan Raya Umum 1990, rakyat meletakkan harapan begitu tinggi kepada Pas untuk mengubah nasib mereka dan Pas membuat 1,001 janji seperti yang terkandung dalam manifesto mereka pada empat pilihan raya sebelum ini.


"Sebagai rakyat Kelantan, kita seharusnya menuntut hak iaitu kesemua janji yang sudah dibuat itu perlu dikotakan kerana ia masih tidak ditunaikan sehingga sekarang," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri beberapa ahli NGO itu, di sini hari ini.

Berdasarkan tuntutan yang dikemukakan Gerakan Tukar, timbul persoalan sama ada ia mampu dilunaskan memandangkan kebanyakan tuntutan berkenaan membabitkan kos tinggi dan memerlukan tempoh beberapa tahun untuk dilaksanakan.

Antara tuntutan yang dikemukakan adalah meminta kerajaan negeri menyegerakan pembinaan jambatan kedua Kota Bharu-Palekbang, pembayaran bantuan RM100 kepada warga emas, menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada belia menganggur dan menyelesaikan segera masalah air tanpa perlu menunggu sehingga 2027.

Kamarudin berkata, tuntutan tersebut termasuk tiga permintaan rakyat Kelantan supaya pemimpin kerajaan negeri tidak lagi mengamalkan politik mencaci dan menghina, menghentikan kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluar daripada pakatan pembangkang kerana ia turut dianggotai DAP yang jelas menolak Islam.


"Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan negeri (1990-2012), rakyat harus menilai semula serta bertanya berapa banyak perubahan dan pembaharuan serta janji ini yang dilaksanakan.

"Gerakan Tukar berpendirian bahawa dalam PRU-13, rakyat wajib menolak kerajaan sekarang dan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai memberi pengajaran kepada Pas Kelantan yang hanya retorik dan berjanji manis," tegasnya.

Syabas kepada mereka yang begitu bersungguh-sungguh nak merampas kembali kelantan daripada Pas.Namun rakyat kelantan perlu ingat satu perkara yang harus dibuang jauh-jauh dan disepang terajang saja supaya segala perancangan dan niat dapat dijalankan dengan sempurna.

Hapuskan semua parasit yang boleh merosakkan parti dan terajang jauh-jauh mereka yang suka cah keting sesama sendiri.MMI yakin sekiranya puak-puak ini dapat dihapuskan insyaallah UMNO dan BN bukan saja boleh menang di Kelantan malahan seluruh negara.

Pssstt MMI benci betul dengan puak-puak parasit ni..Parasit ni celaka haram jadah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels