Dunia politik hari ini cukup berbeza,Bukan saja berbeza zaman dan pemimpinnya malahan sumber maklumat dan berita hanya berada di hujung jari sahaja.Lihat saja bagaimana sumber rmaklumat hari ini begitu pantas sampai kepada rakyat semuanya kerana teknologi maklumat itu sendiri yang sudah semakin canggih dengan rata-rata rakyat mempunyai akses internet untuk mendapatkan berita dan maklumat.
MMI yang hanya bogger jalanan pun sudah merasai kepantasan maklumat ini dan sesungguhnya MMI amat menyanjungi semua bolgger-blogger di Malaysia khususnya yang pro kepada UMNO dan Kerajaan.Kekuatan dan kehebatan blogger menyampaikan maklumat terkini serta mematahkan serangan dan tohmahan pembangkang tidak perlu di pertikaikan malahan kadang-kadangnya dilihat lebih mengatasi jentera UMNO dan BN itu sendiri.
Itulah hakikatnya hari ini namun yang mengecewakan para blogger keseluruhannya adalah sikap pemimpin itu sendiri yang kadang-kadang dilihat langsung tidak membantu UMNO dan BN dalam mendepani serangan dan tohmahan daripada pihak pembangkang.
Ini diakui dan dapat dilihat dengan jelas apabila sesuatu isu yang dimainkan maka tindakan daripada jentera UMNO dan BN itu sendiri dilihat gagal menyerlah bahkan didiamkan saja.Lihat saja kepada peringkat bahagian-bahagian dimana pemimpin mereka tatkala serangan demi serangan ditujukan oleh pihak pembangkang tidak ada satu gerakan pun dilakukan oleh mereka untuk sama-sama mempertahankan UMNO dan BN.
Bukan itu saja malah dibiarkan isu-isu ini diperangi oleh para blogger kononnya blogger-blogger ini pun sudah memadai sedangkan blogger-blogger ini hanya menjalankan kewajipan mereka sebagai pejuang UMNO dan BN.Hakikatnya hari ini terdapat juga pihak-pihak yang sememangnya ego atau selesa dengan jawatan yang disandang menuduh pula para blogger-blogger ini sebagai bodoh dan sebagainya.
Cukup menghampakan walaupun MMI bukanlah blogger sehebat Papagomo,Dr MiM,House PK dan lain-lainnya tetapi jauh disudut hati kita juga terasa kerana kita sentiasa bekerja siang dan malam cumanya kita dialam maya.
Terbaru seperti yang diberitakan adalah tindakan Farid Redzuan yang melabelkan para blogger UMNO dan Kerajaan sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu.Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama blogger mempertahankannya hingga ada dari kalangan blogger tersilap arah hingga menyerang sesama sendiri?
Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berikan?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.
Apakah Farid Redzuan juga tidak mempunyai kelemahan ? Apakah selama ini Media Prima melalui pelbagai slot samaada berbentuk maklumat,iklan atau lain-lain tidak pernah menimbulkan masalah melibatkan sensitiviti rakyat dan kaum ? Sebagai orang besar dalam Media Prima Farid Rdzuan sepatutnya bertanggungjawab.
Apakah Farid Redzuan dah cukup besar kepala hanya kerana hari ini bertindak sebagai penasihat komunikasi kepada YAB PM ? Sepatutnya sebagai penasihat komunikasi kamulah yang perlu lebih berani tampil kedepan untuk mempertahankan kerajaan.Kalau nak jawatan menteri penerangan sekalipun agak-agaklah..Tapi yang pasti para blogger takkan sekali-kali membiarkan kamu sampai ketahap itu wahai Rafid Redzuan.Kata orang tua-tua kerana mulut badan binasa.
Kalau tak ada masalah takkanlah sampai ada laman desak letak jawatan pula kan..
Dalam pada itu mungkin ramai pemimpin dalam kerajaan dan UMNO masih lagi memandang para blogger sebagai mereka yang tidak penting.Sebagai seorang blogger jalanan MMI tak kisah sangat berkenaan perkara ini namun cuma satu saja yang MMI nak katakan bayangkan sekiranya blogger-blogger ini mula bertindak menyerang kerajaan dan UMNO natijahnya cukup besar dan percayalah UMNO dan Barisan Nasional mampu rebah dalam PRU 13 nanti.
Kepada mereka-mereka yang diluar sana jutaan terima kasih kerana sentiasa menyokong gerak kerja para blogger baik yang hebat mahupun yang jalanan kerana perjuangan mereka cuma satu iaitu membantu Kerajaan dan UMNO untuk menang dalam PRU 13 nanti.
Tapi jangan lupa hari ini jatuh bangun seseorang pemimpin itu terletak hanya dengan satu butang sahaja.
Kepada Farid Redzuan jangan sombong kerana tindakan kamu mampu membinasakan Kerajaan dan UMNO.Berdepan dengan blogger kalau ada telur !!
Blogger Jalanan
MMI.
No comments:
Post a Comment