Senario politik pembangkang hari ini dilihat semakin goyah dan bercelaru dengan pelbagai kemelut yang sering melanda pembangkang sejak beberapa tahun yang lalu.Jika dilihat kembali pernah satu ketika dahulu ikatan ataupun pakatan yang dibuat diantara PKR,DAP dan PAS memberikan impak yang cukup kuat kepada kerajaan Barisan Nasional sehinggalah pada tahun 2008 keputusan PRU Ke-12 menyebabkan 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.
Seluruh negara gempar dengan berita tersebut dan bermulalah era pentadbiran Pakatan Haprak dinegeri-negeri yang di menangi oleh mereka.Pelbagai dasar dan corak telah dilakukan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Haprak lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional.
Namun sejak akhir-akhir ini Pakatan haprak dilihat semakin lemah dengan cara dan gerak kerja mereka sehinggakan ketiga-tiga parti PKR,PAS dan DAP dilihat sudah tidak lagi sehaluan.Rakyat dapat melihat dan menilai Pakatan Haprak hari ini hanya bersandiwara sesama sendiri.
Daripada kemelut yang melanda Pakatan Haprak kerana perjuangan yang tidak sama dasarnya maka parti PAS lah yang paling teruk menerima kesannya sehinggakan berlaku pecat memecat dan kata mengata sesama sendiri.Kesan paling buruk yang diterima oleh PAS adalah semakin ramai dikalangan rakyat dan penyokongnya hari ini sudah mula meninggalkan perjuangan parti yang jauh tersasar daripada agenda sebenar mereka.
Lihatlah bagaimana komen Nik Aziz terhadap pemecatan Hasan Ali daripada PAS dan beliau sanggup mengeluarkan perkataan " tak senonoh " hanya kerana Hasan Ali menegur sikap pemimpin PAS dan hala tuju parti yang jauh tersasar.
Lihat juga bagaimana isu Hasan Ali diserang dan dicaci setelah beliau dipecat dari PAS.Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Abu Bakar Bin Husin sanggup mendoakan supaya Hasan Ali ditamatkan riwayatnya.Sebagai seorang pemimpin diperingkat negeri apakah beliau layak untuk mendoakan sedemikian terhadap rakan sebangsa dan seagama.
Paling memeranjatkan adalah klip di bawah kerana ianya cukup jelas memperlihatkan sikap orang-orang PAS yang sanggup mengikut telunjuk orang bukan Islam dalam ceramah yang disampaikan.Lihat juga bagaimana laungan takbir disambut oleh juak-juak PAS berbangsa Melayu dan beragama Islam apabila dilaungkan oleh bukan Islam di pentas politik mengutuk dan mencerca Hasan Ali yang satu ketika dulu merupakan pemimpin hebat mereka.Hari ini hanya kerana tidak bersama sebagai rakan dalam parti maka jasa dan tindakan Hasan Ali di cerca.
Sebagai seorang muslim semestinya kita dituntut untuk menjaga maruah agama Islam dengan sebaik-baiknya.Cumanya mungkin dalam keadaan ini cara dan perjuangan PAS berbeza.Kepada rakyat nilailah seadilnya.
Persoalannya disini Apakah ini perjuangan PAS sekarang ?
MMI.
No comments:
Post a Comment