Followers

Sunday, 11 March 2012

WAJIB BACA ! Bicara Ezam - Mengapa Tinggalkan Anwar ?


Bila berbicara soal Ezam semestinya semua tahu bahawa beliau merupakan antara pembela Anwar Ibrahim paling hadapan sewaktu era reformasi dulu bahkan pernah meringkuk dalam tahanan ISA kerana memperjuangkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.Kemudiannya meninggalkan PKR dan menyertai UMNO sehingga kini.

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Ezam meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim.MMI sewaktu bertemu dengan beliau beberapa bulan yang lalu pun tidak mengetahui dengan jelas mengapa tindakan meninggalkan PKR diambil oleh Ezam.Secara umumnya semua mengatahui Ezam meninggalkan PKR kerana melihat perjuangan Anwar Ibrahim dan PKR makin tersasar namun secara terperincinya masih samar.

Mustahil Ezam Mohd Noor dapat duduk bersembang lebih dua jam menceritakan satu per satu jalan cerita yang dilaluinya mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua orang.

Paling tidak beliau dapat memberi sedikit sebanyak gambaranya di pentas ceramah dalam jangka waktu yang terhad dan sekali sekala menerusi kenyataan media.

Makanya ada yang ‘tak sampai’ dan sukar dihayati kalau dibandingkan dapat duduk mengadapnya untuk mendengar sendiri.

Tanpa disedari sudah lima tahun lamanya waktu berlalu sejak kali terakhir Agendadaily mengadakan interbiu dengannya.Waktu itu beliau masih lagi bersemangat waja dalam Parti Keadilan Nasional (KeAdilan).

Cerita tentang Ezam yang kini berstatus YB Senator masuk UMNO pada 28 Mei 2008 bukan lagi ikut istilah wartawan ‘satu berita’.

Namun dari tinjauan rambang Agendadaily sehingga ke hari ini ada yang masih samar kenapa beliau mengambil langkah besar itu setelah dua tahun sebelum itu meninggalkan KeAdilan yakni PKR yang dulunya beliau sama-sama bina dalam gerakan untuk membebaskan Anwar dari penjara.

Berbanding dengan pimpinan PKR lain,beliaulah yang paling banyak menanggung azab sengsara – masuk keluar penjara dan kena ISA semata-mata kerana Anwar.

Mungkin ramai tidak tahu beliau juga orangnya yang usung Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi untuk mengadu hal dan menagih simpati pada nasib Anwar yang dalam penjara.

Dalam temubual dengan Agendadaily tidak lama selepas Anwar dibebaskan Ezam dengan konfiden berkata ,” Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini (Parti Keadilan Nasional) dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini... adalah mahkamah ."

Kini Ezam-Anwar berdiri di garis padang yang berbeza.Masing-masing nak ‘sumbat gol’.Anwar dengan impian nak ke Putrajaya manakala Ezam bertekad nak menyekat bekas bosnya.

Soalnya kenapa bila Anwar sudah bebas lain jadinya? Kenapa waktu Anwar dalam penjara dan perjuangan Ezam memang ‘ gelap ‘ tidak mungkin dapat apa-apa ganjaran beliau nekad terus bersama bosnya?

Katakan Ezam kekal bersama Anwar dan dengan tsunami politik Mac 2008 sekurang-kurangnya beliau sudah menikmati ganjaran lebih dari jawatan hanya sebagai Senator.Lebih-lebih lagi beliau dari Selangor.

Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.

Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.

Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.

Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.

Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.

Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.

Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.

Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.

Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.

Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.

Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.

Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.

Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.

Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.

Menurut Ezam beliau mengambil masa sekitar enam bulan check sana check sini selepas keraguan itu berbangkit tentang Anwar ekoran panggilan telefon dari Wan Azizah.

Ditanya apakah buktinya tentang perbualan telefon itu,Ezam berkata beliau sedia mencabar Wan Azizah bersumpah untuk menafikannya.

Akhirnya setelah bersemuka dengan beberapa sumber yang layak dipercayai untuk check termasuk yang masih aktif dalam PKR ‘tentang keraguannya’ itu beliau mengambil keputusan keluar PKR dan menyepikan diri.

Ezam memetik seorang yang cukup rapat dengan keluarga Anwar sampai ke hari ini sebagai berkata dia tahu tentang ‘ perangai Anwar ‘ .

Namun kata orang itu dia masih lagi bersama PKR kerana ‘ saya kesian pada Kak Wan.’

Kata Ezam beliau terasa sangat kecewa dan malu kerana ‘itulah rupanya’ orang yang beliau pertahankan bermatian-matian selama ini.

Menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan,Ezam menceritakan beberapa insiden secara off the record .

Ini termasuk kisah cubaanya nak buat satu deal dalam usaha untuk lepas diri dari kes liwat Saiful.

Dakwa Ezam Anwar telah temberang seorang pemimpin besar pakatan rakyat mengenai sesuatu.

Katanya beliau mendapat tahu hal berkenaan menerusi seseorang dan berpeluang meminta pengesahan kebenarannya dari orang yang dimaksudkan.

Yang pasti tentu ramai orang parti berkenaan akan ‘ mengamuk ‘ jika cerita ini terbongkar.

Namun Anwar tetap Anwar beliau boleh buat muka kering macam tak ada hal seperti juga pembohongnya tentang gerakan 16 September yang tidak menjadi sampai ke hari ini.

Ezam secara berjenaka menyifatkan Anwar kini sebagai orang yang sudah ‘kalis malu’.

Malah beliau sampai berkata sebenarnya sudah tidak guna lagi menghentam Anwar.

Ezam mengakui apa pun yang dikata tentang Anwar masih ada ramai lagi orang yang tetap taksub dan percaya padanya sampai ke hari ini.

Beliau menerima hakikat ini.Katanya bukan mudah untuk menerangkan hal sebenar dan ia mengambil masa.

Apapun katanya lagi kusut lain macam pada wajah Anwar kini tidak boleh disembunyikan lagi menerusi gelak tawanya.

Beliau memberitahu ramai kawan-kawan yang mengenali Anwar sedar tentang air mukanya yang penuh dengan tanda kerisauan itu.

BERIKUT IALAH ANTARA TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN EZAM YANG DAPAT DISIARKAN :Klik Sini Untuk Temubual

Sumber Agenda Daily

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels