Kenyataan Tun Mahathir berkaitan transformasi yang harus dilakukan oleh UMNO untuk menambah nilai dan terus kekal relevan mendapat pelbagai pandangan dari banyak pihak.Seperti biasa kenyataan daripada Tun Mahathir memerlukan kita untuk melihat dengan lebih luas supaya kita tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar dari topik perbincangan mahupun satu-satu kenyataan.
MMI melihat kenyataan Tun Mahathir berkaitan UMNO harus membuka pintu kepada golongan profesional untuk menyertai parti sebenarnya merujuk kepada proses tranformasi yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional hari ini.
Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.
Bernama melaporkan bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang,"
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.
Tidak bererti kenyataan tersebut menunjukkan selama ini UMNO tidak membuka pintunya kerana lihat saja dalam UMNO hari ini terdapat golongan profesional yang turut bersama-sama berjuang mengangkat martabat parti seterusnya berjuang membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.
Dari pemahaman MMI sebagai orang muda yang mengikuti penuh minat proses transformasi kerajaan ini ianya sebenarnya adalah satu mekanisma terbaik dalam usaha UMNO untuk memantapkan parti dalam konteks politik hari ini.
Namun masih ada lagi mereka-mereka yang masih ketinggalan dalam memahami apa yang dipanggil proses tranformasi baik dari sudut kerajaan mahupun parti.MMI bawakan satu kenyataan daripada pengamal media sosial melalui laman FaceBook yang memperkenalkan diri beliau sebagai Tok Malau yang secara terang-terangan membuat kenyataan berupa tuduhan dan mencaci hanya kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir.
Jika diamati kenyataan daripada Tok Malau ini ianya jelas telah menyimpang daripada perkara pokok yang secara jelas telah memperlihatkan betapa lemahnya pemahaman mereka terhadap proses transformasi ini atau mereka lupa bahawa hari ini UMNO sedang berubah kearah politik yang dinamik.
Secara jujur MMI katakan kenyataan yang dilontarkan oleh Tok Malau itu adalah satu tindakan BIADAP kerana turut mencaci negarawan negara yang sebenarnya banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.
Melihat kepada tindakan tersebut jelas apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir adalah benar kerana orang-orang seperti inilah sebenarnya yang menyebabkan UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang lemah.Jika dikira pandangan anak-anak muda hari ini ianya turut bercanggah dengan apa yang dilontarkan oleh Tak Malau.
Kita harus akur dan menerima bahawa politik negara hari ini sebenarnya sedang berubah dan perubahan ini menuntut agar setiap ahli UMNO itu berubah.Perubahan ini pula bukan bererti kita meninggalkan perkara-perkara yang lama tetapi disusun dan diselia dengan cara dan kaedah baru supaya ianya selari dengan suasana politik hari ini.
Percaya bahawa perubahan ini memerlukan sedikit pengorbanan maka setiap ahli UMNO sebenarnya harus bekerja lebih untuk mencari dan memahami apa yang sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan parti kerana ianya bakal menentukan sejauh mana UMNO akan terus relevan kepada rakyat dan negara.
Setiap manusia tidak sempurna dan kerana ketidaksempurnaan itulah Tun Mahathir hari ini memberikan pandangan sebegitu supaya UMNO lebih baik dan dapat meneruskan perkhidmatannya kepada rakyat serta kekal menjadi benteng terbaik kepada perjuangan membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.
Berbalik kepada Tok Malau,Apakah MMI akan dituduh tidak menghormati orang-orang lama hanya kerana politik hari ini menuntut perubahan ? Apakah MMI akan dikeji sekiranya persoalan diwaktu mereka mempunyai kuasa mengapa tidak menjadikan UMNO ini lebih baik dari sekarang ? Apakah MMI akan dibuang terus dari kancah politik sekiranya kenyataan berbunyi "Kerana kamulah dulunya maka kami anak muda hari ini menanggung sengsara untuk melihat UMNO terus kekal relevan ?
Maaf sekiranya bahasa yang MMI gunakan agak kasar namun itulah hakikatnya.Setiap dari kita ada kelemahannya dan tak bererti kelemahan yang dulunya harus terus dijadikan sebagai benteng untuk kita maju hari ini.
MMI.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete