Followers

Thursday 29 March 2012

Guan Eng Tak Senang Duduk Angkara Shaikh Hussein Mydin!


Siapa yang tidak kenal Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Ir. Shaik Hussein Mydin satu-satunya pemimpin yang pernah berdepan secara empat mata dengan Guan Eng sehinggakan ke hari ini nama beliau menjadi badi kepada Guan Eng di mana jua beliau berada.

Guan Eng ternyata cukup tidak selesa kerana hampir saban waktu dan hari beliau di hentam oleh Shaik Hussein khususnya berkaitan hal penjualan tanah Bayan Mutiara.Paling merimaskan Guan Eng apabila timbul isu penjualan tanah yang sebenarnya untuk pembinaan masjid di Bayan Mutiara.

Bagi MMI keberanian Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini harus dipuji dan beliau tidak pernah gentar dengan setiap tindakan daripada pihak Guan Eng sendiri.Percaya dengan kata-kata Shaik Hussein bahawa kita mencari kebenaran dan seharusnya Guan Eng menjawab setiap persoalan yang dilontarkan namun sehingga ke hari ini masih bermain teka teki menyebabkan rakyat Pulau Pinang semakin marah dan mahukan jawapan daripada Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tertekan dengan desakan demi desakan Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.

Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.

Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.

“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Dalam perkara ini pun Guan Eng masih bermain teka teki bilamana tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan status tapak masjid dan hanya mahu mendedahkannya di dalam mahkamah.Jelas tindakan Guan Eng ini sebenarnya membelakangkan rakyat yang mahukan jawapan dari mulut beliau sendiri selaku orang yang bertanggungjawab.

Inilah sikap pemimpin DAPigs yang hanya pandai menyerang peribadi pemimpin UMNO dan BN tetapi akan mencari pelbagai alasan apabila mereka pula diserang atau di soal.

Guan Eng ternyata kalah hanya di tangan seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri.

Kepada Ir. Shaik Hussein teruskan perjuangan,Pemuda UMNO di seluruh negeri sentiasa bersama kamu untuk perjuangan membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

MMI.

1 comment:

  1. Saya bosan dengan Ir Shaik Hussain Mydin kerana dia buat bising LGE salah tapi tidak buat laporan polis atau kepada Jabatan Pencegah rasuah. Kenapa jabatan kerajaan tidak ambil tindakan terhadap LGE? Atau Ir Shaik Hussain Mydin cuma buat bising macam kedai kopi punya standards dengan berangapan rakyat Malaysia masih bodoh macam dulu. Ir Shaik Hussain Mydin berani kerana benar kita akan sokong you sekiranya kes dibawa ke Makahmah dibicarakan secara adil dan keputusan LGE bersalah.Dari Ir. AzizK

    ReplyDelete

Labels