Followers

Tuesday 20 March 2012

Himpunan BERSIH 6 Pelajar Kena Tindakan - PAS Terengganu Meroyan

Pas berharap Yayasan Terengganu memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang ditarik balik pinjaman kerana dikatakan terlibat dengan perhimpunan haram berkaitan Bersih 2.0 di Mesir, tahun lalu.

Justeru, budi bicara yayasan yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman kepada pelajar di negeri ini amatlah ditagih kerana rata-rata pelajar yang dikenakan tindakan itu memiliki latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pelajar yang terlibat boleh membuat rayuan dan keputusan bakal diketahui sebaik mesyuarat lembaga pengarah Yayasan Terengganu  diadakan pada 10 April ini.

“Kita dimaklumkan bahawa pelajar boleh membuat rayuan yang mana pinjaman mereka ditamatkan kerana hadir ke perhimpunan Bersih di Kaherah (Mesir) dan mereka sebenarnya boleh membuat rayuan.

“Justeru, kita (Pas) harap Yayasan Terengganu mengembalikan pinjaman mereka berdasarkan budi bicara, malah kita difahamkan mereka terlibat dalam perhimpunan bukan di bawah tajaan mana-mana parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika hadir menemui Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu di Bangunan Yayasan Terengganu di sini, semalam.

Menurut Satiful Bahri lagi, adalah tidak wajar tindakan diambil berdasarkan maklumat dan gambar yang diambil menerusi laman sosial Facebook dan blog-blog kerana belum tentu kesemua mereka terlibat dalam demostrasi berkenaan.

Katanya lagi, berdasarkan maklumt yang diperoleh pihaknya berhubung latar belakang keluarga pelajar-pelajar yang ditarik balik pinjman berkenaan adalah terdiri daripada kelurga yang tidak berkemampuan.

“Daripada sembilan pelajar yang ditarik balik pinjaman berkenaan, dua daripada mereka mengambil jurusan perubatan dan sudah pasti ia memerlukan kos yang tinggi, justeru kita berharap Yayasan Terengganu mempertimbangkan sebaiknya perkara ini tanpa campur tangan politik,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu ke atas enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

Tahniah Datuk Seri Ahmad Said satu keputusan yang cukup baik dan memuaskan hati seluruh rakyat Malaysia kerana mereka sememangnya berhak dikenakan tindakan.Biar orang-orang yang tidak tahu berterima kasih ini dibiarkan mencari peruntukan sendiri supaya mereka tahu betapa susahnya bila tidak mendapat bantuan kerajaan.

Seharusnya kerajaan harus bertindak seperti mana Datuk Seri Ahmad Said terutamanya berkaitan FELDA yang melibatkan seramai 8 orang peneroka yang menimbulkan masalah dalam hal penyenaraian FELDA di bursa saham.Sebaiknya usir saja 8 orang tersebut dan biar mereka-mereka ini merujuk kepada Pakatan Haprak untuk dibantu.

Kepada PAS Terengganu mengapa merayu ? Mengapa tidak membantu pelajar terbabit untuk terus menyambung pengajian mereka? PAS sebenarnya menyumbang kepada apa yang berlaku dan mereka seharusnya bertanggungjawab.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels