Followers

Thursday 8 March 2012

Kerajaan Prihatin Nasib Kakitangan Awam - SBPA Di Batalkan !


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya.

Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Selain itu antara perkara yang telah diputuskan dalam perjumpaan YAB PM bersama penjawat awam pagi ini secara ringkas :

1.Penubuhan Suruhanjaya Khas
2.Pelaksanaan gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
   Pelarasan gaji pula : Gred 1 hingga 54                       (kenaikan 13%)
                                 Gred Khas A/B/C                      (kenaikan 9%  )
                                 Turus 2 dan 3                            (kenaikan 8%  )
                                 Ketua Setiausaha Negara KSN    (kenaikan 7% )  
3.Kenaikan gaji tahunan antara RM80.00 hingga RM320.00 setahun.
4.COLA-Bantuan sara hidup dinaikkan.
                                  RM100 kepada RM150
                                  RM200 kepada RM250
                Kawasan B naik dari RM200 ke RM250
                Kawasan C nak dari RM100 ke RM150
5.Insentif lain dikekalkan - insentif wilayah,pedalaman.
6.Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan "Time Based"

Bagi MMI inilah bukti bahawa kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib rakyat.Lihatlah bagaimana sebelum ini kerajaan telah pun memberikan penumpuan kepada kebajikan rakyat dengan pemberian BR1M dan lain-lainnya yang sentiasa berterusan.

Hari ini merupakan tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam apabila YAB PM telah pun mengumumkan SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM yang akan ditambah nilai.Ini membuktikan bukan saja rakyat malah penjawat awam yang merupakan nadi kepada kerajaan dan negara turut menjadi perhatian pihak kerajaan.

Walaupun MMI bukan dari kalangan penjawat awam namun turut berkongsi kegembiraan kerana yakin dan pasti dengan selesainya kemelut melibatkan SBPA ini ianya akan menjadi pencetus kepada peningkatan produktiviti para penjawat awam dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara.

Dalam perbualan MMI bersama salah seorang kenalan dari sektor penjawat awam ini beliau turut melahirkan rasa syukur dan melihat perkembangan ini sebenarnya dapat memuaskan hati semua pihak kerana ianya dilihat sebagai kenaikan gaji yang adil kepada semua mengikut gred masing-masing.

Kepada semua penjawat awam teruskan usaha kalian menjayakan misi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Kepada Presiden CUEPACS tahniah kerana telah berusaha untuk kebajikan semua penjawat awam.

Kepada YAB PM dan Kerajaan SYABAS serta TERIMA KASIH kerana mendengar rintihan rakyat dan barisan penjawat awam.

Kepada penjawat awam yang bukan penyokong kerajaan sekurang-kurangnya berterima kasihlah...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels