Followers

Wednesday 7 March 2012

GEMPAR ! Balai Di Serang Polis Minta Penduduk Bertenang


Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampung yang kurang senang dengan sikap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih dijalankan.

“Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam… sesiapa yang didapati bersalah pasti dikenakan tindakan undang-undang.

“Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.

Adakah ini gambar serangan Balai Polis tersebut ?
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.


Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.— BERNAMA


Apa pun MMI mohon kepada semua untuk sama-sama kita patuh kepada arahan pihak Polis kerana siasatan sedang dijalankan.

Macam-macam hal..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels