UMNO akan mengambil tindakan jika sekiranya benar dakwaan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilaporkan mendakwa Barisan Nasional (BN) membayar pengundi di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Lembaga Disiplin parti kini sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu berkenaan.
Tengku Adnan berkata, siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.
"...kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya di Putrajaya pada Sabtu.
Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.
Pada Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN padapilihan raya umum itu.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan Bendahari Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.
"Jika beliau berasakan UMNO tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya.
Katanya, BN dan UMNO tidak pernah dan tidak perlu membeli undi pada pilihan raya umum.
Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya.
Kalau benar dia ikhlas sepatutnya dikemukakan kepada lembaga disiplin beserta bukti atau membuat laporan terus kepada SPRM bukan dengan berkawan baik dengan Anwar Ibrahim kemudiannya menuduh UMNO membayar kepada pengundi di Kulim Bandar Baharu.
Semua tu dibuat atas dasar dan niat yang tidak baik sebenarnya..Orang sekarang dah pandai la bro..
MMI.
No comments:
Post a Comment