Followers

Saturday 14 April 2012

Berita Dari Tasek Gelugor - Ribuan Gamatkan Forum Perdana Di Permatang Buloh


Alhamdulillah itulah ungkapan yang keluar dari hati dan mulut MMI semalam apabila hampir 7000 orang hadir bagi sama-sama mengikuti Forum Perdana yang membariskan ahli-ahli panel terdiri daripada Prof Dr Ridhuan Tee,Ustaz Fathul Bhari dan Ustaz Kazim Elias dengan satu perbincangan bertajuk "Memperkasakan Akidah Ummat Satu Jihad" yang cukup menarik malah membuatkan semua yang hadir tidak mahu berganjak bagi mengikuti dengan penuh minat setiap hujah yang dikemukakan oleh barisan panel.

Sekalung tahniah MMI ucapkan kepada YB Dato' Jasmin Mohamed selaku ADUN Sungai Dua selaku tuan rumah yang telah berjaya membawa satu program yang cukup baik kepada seluruh rakyat khususnya dalam suasana politik negara yang dilihat semakin hebat dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang dilemparkan sesama sendiri sehinggakan bangsa Melayu itu sendiri dilihat berpecah.


Jutaan terima kasih juga harus diberikan kepada ICU dan PERDA selaku penganjur bersama yang memilih Masjid Simpang Empat Permatang Buloh Sungai Dua sebagai tuan rumah dalam penganjuran sebaik ini.

Melihat kepada barisan panel yang dijemput sejak awal-awal lagi MMI cukup yakin masyarakat dan orang ramai pasti hadir untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri mereka beraksi didepan mata secara langsung.Kekuatan yang ada pada setiap dari panel yang dijemput tidak dapat dinafikan lagi kerana masing-masing mempunyai pengikut dan cara tersendiri dalam menyampaikan ceramah mahupun hujah masing-masing.


Lihat saja bagaimana Ustaz Fathul Bhari yang cukup terkenal dan dilihat sebagai salah seorang penceramah muda yang mempunyai karisma tersendiri malah disenangi oleh anak muda hari ini.Jika diikuti rakaman ceramah-ceramahnya dalam carian YouTube cukup membanggakan dengan jumlah mereka yang membuat carian begitu ramai sekali.

Prof Dr Ridhuan Tee seorang ahli panel yang tidak asing lagi terutamanya dalam siri-siri Forum Perdana dan beliau juga sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri malah diikuti dengan penuh minat oleh kebanyakkan orang muda.Beliau bukan saja bijak mengendalikan satu-satu majlis ilmu sebegini malah lawak dan tindakan spontannya cukup menceriakan sesiapa saja yang menngikutinya.Bagi kebanyakkan mereka yang banyak terlibat dalam dunia maya melalui penulisan blog,Prof Dr Ridhuan Tee bukanlah satu nama asing bagi kebanyakkan mereka.Paling hebat mengenai Prof Dr Ridhuan Tee beliau merupakan seorang mualaf tetapi berbicara dan mempertahankan soal Bangsa dan Agama Islam lebih hebat dari kita orang Melayu.

Ustaz Kazim Elias satu nama yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia kerana beliau hari ini merupakan seorang Ustaz yang boleh diangap sebagai selebriti malah nama beliau hari ini pasti mencetuskan tsunami atau gelombang kehadiran orang ramai untuk hadir mendengar ceramah beliau.Keupayaan yang ada pada Ustaz Kazim mampu memastikan mereka yang hadir tidak akan berganjak sehingga selesai ceramah.Itulah kekuatan Ustaz Kazim dan beliau dilihat menggunakan mekanisma baru dalam setiap siri penyampaian ceramahnya yang bukan saja diminati oleh golongan orang tua tetapi hari ini turut diminati oleh golongan muda.


Itulah antara tiga barisan panel yang telah beraksi semalam di pentas Forum Perdana di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh Sungai Dua yang cukup mengujakan setiap daripada mereka yang hadir mengikuti perjalanan forum.MMI yakin dan percaya program sebegini seharusnya diperluas dan diperbanyakkan supaya masyarakat Melayu khususnya dapat sama-sama dalam satu perjuangan   menyelamatkan akidah seluruh umat Islam di Malaysia.

Sebaik selesai program semalam kelihatan orang ramai berpusu-pusu ke pentas utama untuk bertemu dengan ketiga-tiga ahli panel.Mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman,bergambar malah ada yang mendapatkan nombor telefon untuk dihubungi selepas ini bagi mengadakan program yang sama ditempat masing-masing.Melihat kepada keadaan ini jelas sekali program ilmu sebegini sebenarnya cukup dinantikan oleh masyarakat keseluruhannya.




Alhamdulillah.. 

Ayuh semua sama-sama kita berikan sokongan kepada perjuangan ini.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels