Dalam seminggu ini BN Pulau Pinang cukup bertuah kerana YAB PM dan YAB TPM hadir bersama-sama rakyat di kawasan.Lihat saja bagaimana sambutan yang diberikan oleh 30,000 rakyat kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri sewaktu hadir ke Kenduri Rakyat di Simpang Tiga Nibong Tebal cukup memberikan isyarat jelas bahawa rakyat khususnya di Pulau Pinang menolak Rejim Pakatan Haprak DAPigs.
Begitu juga semasa taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional negeri Pulau Pinang di Jawi Golf Resort jumlah kehadiran mencecah 5000 orang daripada 3000 yang di sasarkan.Ini menandakan bahawa Tsunami BN sudah mula mengambil tempat dan akan terus menggegarkan Pulau Pinang.
MMI yang turut berada di setiap lokasi sekitar Nibong Tebal pada hari tersebut melihat perkembangan mutakir ini menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya telah mula menjadi pilihan rakyat secara umumnya.
Sesuatu yang agak menarik berlaku apabila di perkampungan Jawi sewaktu YAB PM singgah untuk majlis penyerahan kunci rumah dan beramah mesra dengan penduduk mendapat sambutan bahkan mereka dilihat mengibarkan bendera Malaysia bagi meraikan kedatangan YAB PM.Perkampungan ini dimaklumkan merupakan antara kubu kuat DAP di Nibong Tebal yang tidak pernah UMNO dan BN berpeluang untuk masuk sebelum ini.
Ini menunjukkan rakyat sudah kembali kepada BN dan ianya juga sebenarnya merupakan hasil daripada usaha BN untuk keluar daripada kepompong lama seterusnya melakukan transformasi yang hari ini sudah menampakkan kejayaannya.
Bagitu juga dengan kehadiran YAB TPM hari ini yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan daripada rakyat Pulau Pinang.
Malah di beritakan berlaku insiden pihak Pakatan Haprak Pulau Pinang mula melancarkan perang psikologi dengan mengarahkan khemah-khemah yang dipasang supaya diturunkan dengan alasan mengganggu lalu lintas serta tidak mempunyai permit.Klik Sini
Tindakan ini sebenarnya menunjukkan Pakatan Haprak dan Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng sudah tidak senang duduk dengan kehadiran dua pemimpin besar Barisan Nasional ke Pulau Mutiara.Malah mereka dilihat semakin hilang punca yang akhirnya memakan diri sendiri apabila mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan khemah-khemah yang dipasang.Di sini kita dapat melihat dimana Ketelusan Cekap dan Akauntibiliti yang di laung-laungkan oleh mereka selama ini ?
Sekiranya rejim DAPigs dan Pakatan Haprak benar-benar mempunyai kekuatan di Pulau Pinang seperti mana yang dicanangkan semestinya kehadiran dua pemimpin besar Barisan Nasional ini tidak sesekali akan dianggap sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi mereka.
Inilah sebenarnya sikap hipokrit Pakatan Haprak di Pulau Pinang yang kononnya berjiwa rakyat.
Apa pun Barisan Nasional bersama-sama parti komponen akan terus bekerja untuk rakyat.Buat seluruh rakyat Pulau Pinang fikir sekarang apakah Pakatan Haprak Pulau Pinang bekerja untuk rakyat atau hanya mahu mencetuskan kekacauan ?
MMI nak tanya juga siapa YDP MAINPP sekarang agaknya ? Apa jawapan berkenaan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara ? Apa cerita komplek letak kereta di Bukit Bendera ?
Semuanya kepincangan rejim DAPigs dan konco-konconya di Pulau Pinang.
Terbaru katanya nak lancarkan himpunan BERSIH di Padang Kota.
Pakat-pakat fikirlah..
MMI.
No comments:
Post a Comment