Followers

Friday, 6 April 2012

Jom Bicara Soal PTPTN


Hari ini MMI berikan penumpuan kepada isu PTPTN yang dilihat semakin panas dek kerja buat Pakatan Haprak yang sedang berjuang untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya memilih mereka dalam pilihan raya ke 13 nanti.Jadi sebagai bahan rujukan kepada kita MMI dengan bantuan artikel yang dipetik daripada blog PapaGomo dirasakan dapat membantu dalam melihat isu ini dengan lebih adil dan tidak hanya menjurus kepada sebelah pihak sahaja.

Semuanya bermula apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Sedikit perihal PTPTN..

FUNGSI PTPTN 

Menguruskan pembiayaan untuk tujuan  pendidikan  tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik  pinjaman;

Menyediakan skim simpanan  dan mengurus deposit untuk tujuan  pendidikan  tinggi; dan

Melaksanakan  apa-apa fungsi lain yang  diberikan  kepada   PTPTN  oleh  mana-mana  undang-undang bertulis.

VISI

Menjadi Institusi Peneraju Dalam Pengurusan Pembiayaan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2015

MISI

Mengurus sumber kewangan bagi pembiayaan pendidikan pelajar - pelajar di institusi pengajian tinggi.

OBJEKTIF

Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan  profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.

PTPTN berjanji akan :

Memproses permohonan pembiayaan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;

Memaparkan keputusan permohonan pembiayaan pada hari bekerja pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;

Memastikan pengeluaran pembiayaan baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima;

Memastikan pengeluaran pembiayaan berikutnya dibuat tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pembiayaan;

Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;

Memproses permohonan pengeluaran deposit SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan

Memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan / aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan / aduan diterima.




Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Akta Pendidikan 1996.

Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007 

Tawaran pembiayaan pendidikan akan diberikan sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat dan menepati kaedah permohonan pembiayaan yang telah ditetapkan.

Tawaran pembiayaan kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Menepati syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan;

Pelajar yang telah mendapat pembiayaan pendidikan untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau mendapat penajaan lain boleh memohon pembiayaan kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah hutang pembiayaan terdahulu diselesaikan;

Pelajar yang telah mendapat pembiayaan pendidikan dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh memohon pembiayaan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan;

Pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi; dan
Kelulusan tempoh pembiayaan akan ditentukan mengikut semester semasa iaitu ketika permohonan lengkap diterima oleh PTPTN.

Tawaran pembiayaan hanya sah dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan. Sekiranya dalam tempoh tersebut, dokumen perjanjian tidak disempurnakan, tawaran pembiayaan akan dibatalkan.

Dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman hanya akan dianggap lengkap sekiranya dokumen tersebut dimeterai dengan Setem Hasil. Sila pastikan anda menyediakan dua keping Setem Hasil yang bernilai RM10 setiap satu untuk dilekatkan pada dokumen perjanjian tersebut.

Tawaran pembiayaan akan dibatalkan atau ditarik balik sekiranya didapati berlaku kesilapan tawaran atau pemalsuan maklumat.

Itulah sedikit sebanyak perihal PTPTN yang begitu hebat diperkatakan sekarang ini oleh juak-juak Pakatan Haprak sehinggakan telah berjanji kepada rakyat sekiranya Pakatan Haprak Menang dalam pilihan raya ke 13 nanti PTPTN akan di mansuhkan.

MMI turut menyokong sekiranya PTPTN mahu di mansuhkan tetapi biarlah ianya dimansuhkan dengan alasan dan kemampuan.Mansuhkan PTPTN dan semua pelajar perlu menyediakan perbelanjaan sendiri tidak mengapa bahkan besok pun boleh dimansuhkan tetapi dalam hal ini memansuhkan PTPTN dengan maksud pemberian sejumlah peruntukan kepada pelajar dengan tidak perlu membayar balik merupakan satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya kerana ianya melibatkan kewangan negara.Sebab itu MMI kata biarlah sesuatu tindakan untuk memansuhkan PTPTN dibuat dengan kemampuan.

Kerajaan Barisan Nasional cukup rasional dalam hal ini dan mereka tidak pernah membuat janji sekiranya sesuatu perkara yang dijanjikan itu tidak dapat ditunaikan.Dalam isu PTPTN ini pun kadar 1% yang dikenakan kepada setiap pinjaman dilihat cukup rendah dan seharusnya ianya tidak menjadi satu halangan kepada setiap pelajar bahkan sepatutnya ianya dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus belajar supaya mencapai kecemerlangan dan seterusnya dapat membayar balik pinjaman tersebut.

Lainlah kalau pelajar tersebut seperti Adam Adli dan konco-konconya yang dilihat lebih kepada berpolitik daripada belajar.Setiap manusia yang mempunyai akal dan fikiran seharusnya melihat isu PTPTN ini sebagai satu mekanisma yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menyambung pengajian dan ianya bukan satu bentuk pinjaman paksaan.Maka pilihan di tangan anda buatlah pilihan sekiranya memerlukan bantuan tersebut maka seharusnya kita sebagai mereka yang dibantu tahu bagaimana untuk membalas jasa mereka yang telah membantu kita.

MMI memetik artikel daripada PapaGomo yang mengulas mengenai Pakatan Haprak untuk memberikan pengajian percuma kepada semua pelajar sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya ke 13 nanti.Tapi sebelum itu perlu diingat bahawa pengalaman telah menceritakan kepada kita bahawa di Pulau Pinang khususnya Guan Eng pernah berjanji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior dengan apa cara sekalipun sekiranya menang pilihan raya ke 12 yang lalu dan akhirnya apabila kuasa berada di tangan apa yang dilakukan oleh mereka? Itu lah yang perlu diingat oleh kita bahawa Pakatan Haprak hanya pandai membuat janji kerana mereka bukan pentadbir.


Pembangkang dilihat mula memainkan isu Mansuh Yuran PTPTN, sejak seminggu lalu semakin hebat mainan mereka yang mahukan PTPN dimansuhkan kononya Kerajaan telah melakukan satu penindasan keatas para Mahasiswa dan Mahasiswi yang ada hari ini.

Cas sebanyak 1% yang dikenakan dalam pinjaman PTPTN dikatakan telah membebankan para pelajar sehinggakan para pelajar tidak mampu membayar balik wang pinjaman tersebut. Malah kata pembangkang lagi Mahasiswa dan Mahasiswi dihimpit kesengsaraan atas kadar pinjaman PTPTN yang ada hari ini dan ianya wajar dimansuhkan.

Ikuti pendedahan selanjutnya oleh PapaGomo Klik Sini dan fikirkan.

Pssst Hati-hati dengan juak-juak Pakatan Haprak ni suka menipu..


MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels