Followers

Monday 30 April 2012

Unit Amal Di Pertahankan ? - Nasrudin Hassan Tantawi Mabuk Ketum


Mendengar kenyataan daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat berkenaan insiden rempuhan terhadap anggota Polis yang di kepalai oleh Unit Amal cukup menggelikan hati.Manakan tidak seluruh rakyat dapat benar-benar menyaksikan kejadian tersebut yang cukup jelas memperlihatkan mereka bertindak merempuh halangan yang di buat oleh anggota Polis bahkan berlaku juga insiden tolak menolak sewaktu rempuhan tersebut berlaku.

Itulah sikap juak-juak Pakatan Haprak sahabat karib kepada DAPigs yang sentiasa mencari alasan dan berbohong kepada rakyat secara teraang-terangan.MMI cukup simpati kepada mereka-mereka yang percaya kepada kenyataan tersebut kerana ianya merupakan satu pembohongan dan usaha untuk mencari alasan menghalalkan tindakan biadap oleh Unit Amal.

Jelas Nasrudin Hassan Tantawi sebagai seorang pemimpin angkatan muda Pas telah memalukan seluruh angkatan muda mereka dan kenyataan beliau turut memperlihatkan bahawa Dewan Pemuda Pas sebenarnya tidak bermaruah. 

Semuanya bermula apabila Nasrudin Hassan Tantawi berkata Dewan Pemuda Pas Pusat menegaskan anggota Unit Amal tidak merempuh sekatan polis di hadapan Menara Berkembar Petronas, sebaliknya pergerakan mereka hanya satu tindakan mencelah dan meloloskan diri daripada kepungan polis.

Anggota Unit Amal Pas yang mengetuai penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0, bertindak sedemikian apabila melihat sebahagian jalan yang menjadi kepungan polis kosong.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara ini.

"Kejadian yang dikatakan merempuh itu tidak masuk akal, apa lagi memukul anggota polis. Mereka dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi dan bukannya memusuhi polis.

"Apa yang berlaku pada hari tersebut adalah Unit Amal dan penyokong Anti-Lynas terkepung dengan dua pasukan polis yang mengepung sepanjang sebahagian Jalan Ampang. Polis membuat barisan melintang menyebabkan Unit Amal dan Anti-Lynas tidak dapat melalui jalan tersebut.

"Polis turut mengepung Jalan P Ramlee di mana ada benteng polis dan mereka bersilang tangan. Tetapi, ia hanya sebahagian jalan sahaja. Ada polis yang hanya berdiri dengan keadaan tidak sebaris. Jadi, melihat keadaan yang agak kosong di bahagian kiri jalan, Unit Amal merasakan itu ruang untuk meloloskan diri daripada bertembung dengan polis," katanya kepada media, hari ini.

Fuh memang hebat Unit Amal ni apatah lagi dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi.Hehehe rupa-rupanya ada unit yang lagi hebat dari Pasukan Polis.Secara berterus-terang Nasrudin Hassan Tantawi sememangnya telah memperakui bahawa Pas secara tersusun sememangnya menggerakkan jenteranya untuk bersama-sama Ambiga Barua Yahudi dalam himpunan tersebut.Jadi Pas sememangnya terlibat.

MMI turut ketawa terbahak-bahak apabila membaca kenyataan Nasrudin apabila menyatakan Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara.Hah ! mengawal keamanan negara hehehe memang Nasrudin ni mabuk ketum lah,Setakat ni apa jasa Unit Amal dalam mengawal keamanan negara ? Ada sapa-sapa boleh bagitau MMI sebab setakat yang MMI tau puak-puak ni hanya menjadi anjing kepada DAPigs dan PKR sahaja jauh sekali kalau nak diangkat sebagai mereka yang mengawal keamanan negara.

Malah jika dikira daripada apa yang berlaku dalam himpunan BERSIH 3.0 jelas sekali memperlihatkan mereka bersama juak-juak lain turut melakukan provokasi dan kekacauan serta turut mencederakan pihak Polis yang sebenarnya sentiasa menjaga keamanan negara kita.

Kepada Unit Amal malu la sikit,cermin lah diri tu dulu.Jaga keamanan negara konon piirahhh. 

Apa pun MMI bawakan bukti rakaman video yang menunjukkan Unit Amal meloloskan diri dari ruang yang ada dalam barisan anggota Polis seperti mana yang di maklumkan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

  

Kepada anda yang mengikuti artikel ini tolong jawab sat lolos atau rempuh ? Hahaha orang tak ada akai ja yang kata lolos.Kepada Pemuda Pas di seluruh negara anda semua sudah hilang maruah kerana kenyataan yang cukup bodoh daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang dari firasat MMI selayaknya perlu di ajar semula maksud perkataan lolos dan rempuh.

Pssstt kalau nak cover line pun agak-agak aaaa...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels