Followers

Friday 11 May 2012

MPSP Hilang Maruah Kerana Politik Pakatan Haprak


MPSP atau Majlis Perbandaran Seberang Perai merupakan salah satu daripada beratur-ratus Pihak Berkuasa Tempatan yang wujud di seluruh negara yang merupakan elemen terpenting dalam pentadbiran sesebuah negeri.

Namun semenjak ianya berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Haprak,MPSP di lihat sebagai sebuah badan yang sudah hilang maruahnya.MPSP hari ini dipergunakan sepenuhnya oleh mereka-mereka yang terlibaat secara langsung dalam politik kepartian seperti PKR dan DAPigs.

Malah orang-orang ini mempergunakan sepenuhnya MPSP sebagai sebuah badan untuk memuaskan nafsu politik mereka sendiri.Ini semua dapat dilihat melalui beberapa siri MPSP bertindak menurunkan bendera dan banting-banting milik UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka menggunakan segala undang-undang yang ada semata-mata untuk memuaskan hati masing-masing malah turut bertindak mengarahkan unit-unit MPSP yang terdiri daripada orang-orang Melayu sendiri untuk turunkan bendera milik parti UMNO dan Barisan Nasional.

Apa yang dikesalkan adalah MPSP jelas dipergunakan oleh mereka-mereka ini hanya untuk menurunkan bendera-bendera milik UMNO dan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama membiarkan serta memberikan kelonggaran kepada parti-parti Pas dan Keadilan untuk terus menaikkan bendera-bendera mereka tanpa sedikit pun di ganggu gugat.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa melaung-laungkan pentadbiran yang Cekap,Akauntiliti dan Telus sepatutnya kejadian mengarahkan anggota PBT untuk menurunkan bendera merupakan satu pembohongan kepada rakyat malah telah meletakkan institusi PBT seperti MPSP sebagai sebuah badan yang tidak bermaruah.Jika dikira dari jumlah bendera daripada pihak Pakatan Haprak yang dinaikkan diseluruh negeri Pulau Pinang ianya sama sekali tidak pernah di usik malah dibiarkan sehingga reput.

UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah sesekali bertindak menurunkan mana-mana bendera milik parti lain dan ini membuktikan tindakan daripada pihak MPSP melalui arahan daripada pihak Pakatan Haprak jelas tidak menghormati hak parti-parti lain.

Sebelum ini MMI telah mengesan beberapa kes melibatkan tindakan MPSP menurunkan bendera-bendera milik UMNO dan BN,contohnya seperti mana yang pernah berlaku di Balik Pulau,Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Yang menjadi persoalannya sekarang mengapakah bendera-bendera milik Pakatan Haprak yang dinaikkan di kawasan seperti Pongsu Seribu Tasek Gelugor dan di sepanjang jalan Paya Keladi Kepala Batas tidak pula diturunkan malah tidak ada apa - apa tindakan pun daripada pihak MPSP dalam hal ini ?

Jelas tindakan yang diambil merupakan satu lagi tindakan berniat jahat dan kurang senang pihak Pakatan Haprak terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Melalui  maklumat terbaru yang disampaikan kepada MMI di kawasan Seberang Perai Utara khususnya di kawasan Sungai Dua tindakan bakal diambil lagi oleh MPSP terhadap bendera-bendera UMNO dan Barisan Nasional kerana laporan yang dibuat dan ianya memaksa pihak MPSP untuk mengambil tindakan.Ketika artikel ini ditulis MMI dimaklumkan pihak MPSP sedang menurunkan bendera-bendera di seluruh kawasan Kepala Batas.Namun ramai di luar sana yang mungkin tidak tahu bahawa dalangnya adalah pihak MPSP sendiri bila mana yang terbaru Johari Kasim adalah orangnya yang melaporkan dan mengarahkan tindakan diambil.



Siapakah Johari Kasim ? Beliau merupakan Ahli Majlis MPSP dan turut menyandang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri Pulau Pinang.Pernah bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor namun kalah kepada Jamil Sakiman dengan majoriti 59 undi.Beliau jugalah orangnya yang bertanggungjawab mengetuai ahli-ahli MPSP dari PKR, memboikot majlis mengangkat sumpah kakitangan awam - Mokhtar Mohd Jait - sebagai yang dipertua MPSP yang baru pada tahun 2009 yang akhirnya menyebabkan beliau sendiri dipecat sebagai Ahli Majlis.

Malah beliau juga merupakan orang yang paling kedepan dalam isu pengosongan bangunan Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, yang merupakan premis dibina atas tanah kerajaan negeri dan dalam masa yang sama merupakan orang yang pernah memberi kata dua kepada rakan Pakatan Haprak sendiri iaitu Pas supaya jangan membangkitkan isu tuntutan kerusi  pilihan raya terhadap Mujahid Yusoff Rawa Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri.Klik Sini untuk lebih maklumat berkenaan Johari Kasim.

Jika melihat kepada siapa itu Johari Kasim maka MMI yakin dan percaya tindakan menurunkan bendera yang dilakukan oleh pihak MPSP terhadap UMNO dan Barisan Nasional merupakan satu tindakan politik kebencian yang disemai oleh juak-juak PKR khususnya mereka-mereka seperti Johari Kasim.

Kepada seluruh anggota penguatkuasa MPSP teruskanlah kerja kelian kerana itu merupakan amanah dan tanggungjawab.Kelian hanya menjalankan kerja berdasarkan arahan pihak yang jelas takut dan bimbang dengan majoriti sokongan rakyat yang semakin memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.Namun yang menjadi kekesalan kita tindakan segelintir pihak yang menjadikan politik sebagai agenda utama telah menyebabkan MPSP hilang integriti dan maruahnya. 

Biar apa pun berlaku MMI tetap optimis dan yakin sepenuhnya bahawa UMNO serta Barisan Nasional hanya menanti masa sahaja untuk memastikan manusia seperti Johari Kasim ini dinyahkan daripada memegang mana-mana jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana beliau sebenarnya gagal dalam meletakkan diri sebagai seorang pemimpin yang mempunyai tanggungjawab dan amanah apatah lagi dengan slogan C.A.T yang dilaung-laungkan jelas Johari Kasim bukanlah pilihan yang tepat.

Kepada semua sahabat ayuh kita sama-sama pastikan PRU 13 milik kita.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels