Followers

Thursday 10 May 2012

Parlimen Belia - Ahmad Yakqub PM Pertama !


Hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat boleh dilihat dari masa ke semasa dengan setiap gerak kerja bersungguh-sungguh yang di lakukan demi memastikan negara dan seluruh rakyatnya dapat sama-sama menikmati hasil dan kemakmurannya.

Parlimen Belia Malaysia yang ketika artikel ini ditulis masih sedang bersidang membuktikan bahawa komitmen kerajaan Barisan Nasional dalam merealisasikan hasrat dan janjinya kepada setiap kumpulan rakyatnya berada di landasan yang betul.

Jika sebelum ini warga tua,kakitangan awam,kakitangan swasta,anak-anak felda,anggota keselamatan,pelajar dan banyak lagi telah pun diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kali ini tumpuan terarah pula kepada janji untuk memacu generasi belia negara supaya menjadi generasi yang mampan dan berdaya tahan.

Bertitik tolak daripada tarikh keramat 28 Mei 2011 yang lalu dalam Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya,YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan untuk menubuhkan Parlimen Belia bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan ianya merupakan salah satu daripada enam inisiatif yang telah diumumkan.Klik Sini

Penubuhan Parlimen Belia ini dilihat merupakan salah satu tindakan yang cukup baik bagi seluruh warga belia kerana disinilah barisan pelapis negara dibina dan seterusnya menjadi platform terbaik bagi warga belia yang terbaik dihimpunkan dalam usaha membantu kerajaan mencapai kejayaan.Ianya juga menjadi pentas terbaik kerajaan melatih dan membimbing pimpinan belia untuk menjadi pemimpin pelapis kepada negara.



Ahmad Yakqub Nazri telah mencipta sejarah apabila di nobatkan sebagai Perdana Menteri Belia Malaysia yang pertama dan merupakan satu pilihan yang cukup tepat jika dilihat daripada sejarah beliau bergerak aktif dalam pergerakan belia.Kepimpinan yang ada pada diri beliau sememangnya melayakkan beliau untuk memegang jawatan tersebut seterusnya memimpin 200 pemimpin belia yang lain yang turut bersama-sama dalam Parlimen Belia Malaysia kali ini.Klik Sini


Ahmad Yakqub Nazri merupakan seorang aktivis belia dan merupakan salah seorang pemimpin dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang dan turut merupakan YDP GPMS Cawangan Sungai Pinang yang sentiasa bergerak aktif dalam setiap program mahupun aktiviti-aktiviti belia baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan.Klik Sini

Malah sikap beliau yang tidak pernah mengenal erti jemu itu merupakan satu senjata yang paling berharga dalam setiap usaha dan keringat beliau membantu warga belia khususnya dalam perjuangan mengangkat martabat anak bangsa dalam bidang pendidikan.

Sekalung tahniah kepada Ahmad Yakqub Nazri dengan perlantikan tersebut dan tak lupa juga kepada semua pemimpin belia yang turut bersama dalam Parlimen Belia Malaysia,Percayalah anda merupakan yang terbaik di kalangan yang terbaik dan gunakanlah peluang yang sebaik ini untuk kita sama-sama memacu negara seterusnya mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara.

Yakinlah kekuatan sesebuah negara itu disumbang oleh kebijaksanaan dan keupayaan para belianya.


MMI mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana merealisasikan setiap janji yang telah dibuat dan ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional cukup komited dalam usaha memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.

Syabas kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Parlimen Belia Malaysia kerana dengan lahirnya Parlimen ini suara warga belia sememangnya diberikan perhatian seterusnya menjadi simbolik kepada seluruh warga belia di Malaysia bahawa peranan kita diperakui oleh kerajaan.Terima kasih kerajaan.

Kepada Ahmad Yakqub Nazri dan seluruh warga Parlimen Belia Malaysia teruskan usaha dan perjuangan anda.

Penghargaan MMI buat semua terimalah..




1 Belia ! 1 Malaysia !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels