Gambar sebelah menunjukkan kepada seluruh dunia betapa sederhananya pasangan ini dalam menjalani kehidupan mereka sejak bergelar suami isteri.
Malah dalam beberapa keadaan pasangan ini juga memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah seperti pemimpin-pemimpin politik lain yang lebih teruja untuk mengejar kekayaan.
Aksi membotakkan kepala oleh si isteri yang dilakukan sebelum pilihanraya umum ke-13 yang lalu ini penuh dengan segala helah kononnya atas alasan membantah politik wang.
Sedangkan hakikatnya merekalah yang sebenarnya menjadi Raja dalam memungut kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.
Sejak 2008 yang lalu , apabila DAP mula bertapak dan berkuasa di Pulau Pinang pelbagai pihak dalam Pakatan Haprak tampil mempertahankan dasar-dasar kerajaan DAP pimpinan Guan Eng.Tidak ada mana-mana pemimpin lain yang lebih hebat daripada anak Kit Siang ini kerana lakonan beliau dan seluruh dinasti Lim berjaya menguasai minda penyokong dan rakyat kononnya merekalah yang paling Zuhud , faham erti marhaen , bersederhana dengan membenci kemewahan sehingga ke satu tahap mengaku mahu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Maka disaat itu berteriaklah para penyokong PAS kononnya Guan Eng adalah contoh terbaik untuk dijadikan sebagai role model dalam usaha memperlengkapkan perjuangan islamik mereka.
Rasanya tak perlu dihuraikan lagi apa yang berlaku selepas itu , mungkin cukup dengan menyebut PAS hanya dijadikan sebagai fixed deposit kepada DAP untuk terus dijadikan pencacai bagi memastikan DAP terus berkuasa !
Dan semenjak itu DAP terus memperkukuhkan kedudukannya sehingga mula terlupa aksi lakonan mereka sebelum ini sudah mula longgar dan ramai yang sudah mula menghidu bau busuk yang ditutup selama ini.
Apabila kuasa sudah di tangan dan kedudukan sudah diangkat setaraf tokong maka pastilah akan ada kesinambungannya.Godaan hawa nafsu hasil daripada kekayaan yang dimiliki itu tidak mampu ditahan-tahan dan akhirnya bau busuk itu menerjah kesegenap ruang mempertontonkan kepada kita realiti sebenar pelakon-pelakon hebat ini.
Apakah kita yakin bahawa keluarga Lim ini benar-benar zuhud ? Bersederhana dan membenci kemewahan ?
Lihatlah kemewahan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga.Kononnya membela rakyat tetapi hakikatnya mereka terus memperkayakan diri sendiri.
Pada ketika kerajaan bertungkus-lumus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat , mereka lebih sibuk untuk menjaga kepentingan anak dan keluarga masing-masing.
Pada ketika gerai-gerai milik orang Melayu dan peniaga di Pulau Pinang dirobohkan atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal , pelbagai perancangan lain untuk terus mengukuhkan dinasti mereka rancak dilakukan.
Habis segala bapak , anak , menantu disusun sebagai langkah persediaan sekiranya satu hari nanti mereka hilang kuasa dan pengaruh.
Apakah Guan Eng dan dinasti Lim benar-benar berjiwa rakyat ?
Rasanya tidak kerana pembangunan di Pulau Pinang sudah membuktikan kepada kita apakah yang menjadi matlamat mereka.
Pembinaan rumah-rumah mewah mencecah jutaan ringgit , pengondolan bukit , penarahan bukit-bukau selain pengusiran penduduk kampung untuk memberikan laluan kepada projek mewah dan pelbagai perancangan bernilai berbilion ringgit seperti pembinaan terowong merupakan bukti jelas bahawa ada sesuatu yang berlaku.
Sehingga artikel ini ditulis tidak ada satu pun projek perumahan mampu milik untuk rakyat dibina oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Apakah kita masih yakin mereka berjiwa rakyat ?
Perubahan yang berlaku terhadap Betty Chew bukan sahaja membuktikan kepada kita mereka sudah terlalu jauh meninggalkan taraf marhaen tetapi juga bukan lagi dalam kumpulan zuhud dan jauh sekali membenci kemewahan.
Mungkin masih ada yang terlupa pada ketika mereka sedang bermewah ini , kedudukan pendapatan dan perolehan serta pelaburan ke dalam Pulau Pinang tidak menunjukkan peningkatan selain menjunam sejak negeri itu di tadbir oleh ketua menteri bernama Lim Guan Eng.
Namun kehidupan dan perbelanjaan besar yang di tunjukkan oleh keluarga ini memperlihatkan sebaliknya.
Sebagai pemimpin yang sering kali mengaku bahawa beliau begitu teruja untuk berjiwa rakyat dan mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz rasanya Guan Eng bukan setakat GAGAL tetapi BERJAYA menipu hampir seluruh warga Pulau Pinang.
Bayangkan pada ketika rakyat menangis kerana hilang punca pendapatan ... Guan Eng , isteri dan keluarga boleh hidup senang lenang dengan angka pendapatan mencecah jutaan ringgit.
MMI
Kami sbg rakyat p.p amat menyayangi dan menghormati Lge..jgn sesekali di sentuh khalifah kami..hidup Lge..Allahuakbar...
ReplyDeletePadan muka rakyat Pulau Pinang yang telah berjaya diperbodohkan oleh Si Cina Babi Kafir Harbi sekeluarga ini. Mampus DAPig! Mampus DAPig!
ReplyDeletekak mah ko cincin jer 24juta...
ReplyDeleteAda jugak 'orang' yg takbir utk LGE? Uisshhhh!!!!
ReplyDeleteaku sedih dgn nasib pulau pinang.. ramai xtahu nasib org Islam di sana.. sbb diorg xdduk disana sendri.. sy dduk d pulau pinang.. mereka yang xsedar dan nampak harta tinggalan orang Islam dirobek.. tanah wakaf yang tidak bersurat ntah brapa banyak yang dah di sebat... bila pemimpin yang terang lagi bersuluh Islam diketepikan... sedangkan yang betul Islam diperlekehkan.. kita sudah diberi amaran agar tidak membelakangkan musuh... taksub politikus demokrasi(ciptaan *****) sampai saudara se Islam sendiri xnampak... sanggup mengangkat bukan Islam menjadi pemimpin orang Islam... kepada yang membaca.. andai kata anda punya jati diri... ketepikanlah politikus yang terang lagi bersuluh memecahbelahkan tali silaturahim kita... kembali kita kepada yang benar.. jadi nuetral.. slgi dlm politik demokrasi slgi tu sgla bagai kbrukn ada... kita dah punya khalifah berzaman2 da... tapi kita xpernah tahu siapa khalifah kita yang dirobek kuasanya... mari kembali.. kita hidup di ambang kiamat... fitnah dajjal teramat dasyat... andai sy ada salah dan silap harap ditegur... sy bdak bru belajar, ambil galah tolong jlokn.. sy bdak bru bljar, klau slah tlng tunjukn...
ReplyDelete