Followers

Friday, 1 June 2012

Breaking News!! Himpunan Hijau Ke Putrajaya Indah Khabar Dari Rupa


Penganjuran Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan oleh parti Pas di Kedah ternyata bermula dari sikap mahu berlumba dan menunjukkan bahawa mereka juga mampu mengumpulkan ratusan ribu ahli dengan impian untuk menawan Putrajaya.

Gelisah dengan sokongan yang semakin memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional malah di perkuatkan lagi dengan Himpunan ke 66 Tahun Sambutan UMNO di Bukit Jalil dan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya menyebabkan Pas turut menggunakan modul yang sama semata-mata mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia mereka lebih hebat dari semua pihak.

Bagi MMI buatlah apa pun kerana ternyata Pas sekarang lebih kepada perjuangan untuk mendapatkan kuasa semata-mata dan lebih menyedihkan mereka dilihat seolah-olah di layan seperti keldai oleh DAPigs dan PKR.


Pas juga telah pun mengeluarkan arahan secara rasmi mengerah seluruh jenteranya untuk berhimpun di Kedah dan sudah pasti ada yang di bayar malah di sediakan kenderaan,makan dan sebagainya.Tetapi seperti biasa kenyataan perkara seperti itu hampir pasti tidak berlaku dalam pas menjadi perkara pertama yang akan di pertahankan.

Apa pun Himpunan Hijau ke Putrajaya hanya indah khabar dari rupa dan ini di perakui oleh sahabat blogger MatKilau Penang dalam entry terbarunya Klik Sini.

Kepada semua sama-sama kita tunggu laporan selanjutnya.

Pssstt dengar cite diaorang kasi duit minyak RM30 eh RM20 eheh RM50 betul ker ????

MMI.   

No comments:

Post a Comment

Labels