Followers

Wednesday, 6 June 2012

Guan Eng Kena Balun Lagi


Pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang, khususnya di kawasan berbukit dan pesisir pantai, oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang adalah membimbangkan, kata Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe.

Beliau berkata, pembangunan tidak terkawal yang diluluskan dalam tempoh empat tahun lepas oleh kerajaan negeri juga telah menyaksikan peningkatan bantahan daripada kumpulan-kumpulan penduduk, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mun Hoe berkata, kumpulan pengguna/aktivis alam sekitar seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka di samping penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek-projek pembangunan seumpama itu.

"Bagi mereka yang tinggal di apartmen dan kondominium dekat kawasan pantai, pemandangan indah mereka akan lenyap selama-lamanya, dan dengan itu, nilai hartanah mereka akan merudum," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wong, terdapat sembilan projek bakal dilaksanakan di Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, Bukit Gambir, Pantai Jerejak dan Sungai Ara dan lebih banyak lagi akan dilaksanakan.



Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang  Ir.Shaik Hussein Mydin membidas sifat diam diri ketua menteri berkenaan pengabaian alam sekitar dalam projek2 pembangunan di pulau pinang yang telah dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP). Malahan pentadbiran kerajaan negeri DAP pula cuba memesongkan isu dengan menyalahkan kerajaan negeri BN terdahulu yang telah meluluskan pelan pembangunan tersebut.

Mungkin Lim Guan Eng terlupa atau jahil bahawa sahlaku sebarang pelan kebenaran merancang adalah selama setahun sahaja jika pembinaan tidak dimulakan lagi dan perlu diperbaharui setiap tahun sehingga maksimum 3 kali sahaja dan ianya akan terbatal secara automatik setelah 3 kali diperbaharui dan perlu dikemukakan semula setelah itu. 

Jika kerajaan negeri BN memberikan kelulusan pada tahun 2007 maka secara rasminya ianya akan terbatal pada tahun 2010 jika tiada pembinaan dimulakan. Pelan kebenaran baru perlu dikemukakan dan diluluskan oleh kerajaan negeri DAP pulak,bukankah DAP yang akan meletakkan syarat baru pembangunan dan meluluskan pembangunan tersebut.

LGE sepatutnya lebih faham sebelum sebarang pembangunan yang mempunyai impak yang besar perlu dibuat kajian kebolehlaksanaan yang merangkumi Impak alam sekitar( EIA), impak trafik(TIA) dan impak sosial (SIA).Walaupun tiada keperluan penilaian tersebut jika kawasan pembangunan adalah kecil tetapi kerajaan negeri DAP boleh meminta pemaju melaksanakan kajian tersebut jika dilihat perlu. Mungkinkah Ketua Menteri sibuk mengejar glamour dan keuntungan pada ketika itu sehingga gagal memastikan pembangunan seimbang di Pulau Pinang.

Kenyataan LGE pada 29/5/12 yang menyatakan bahawa bilangan "arahan pemberhentian bekerja"(stop work order) yang banyak menunjukkan bahawa kerajaan negeri DAP tegas kepada pemaju perumahan adalah satu kenyataan yang kurang bijak sama sekali..Kenyataan tersebut adalah untuk menyangkal bahawa kerajaan negeri DAP telah memanjakan pemaju-pemaju perumahan mewah di Pulau Pinang.

LGE telah menyatakan bahawa bilangan 'stop work order' oleh MPSP sebanyak 11 kali dan MPPP sebanyak 259 kali membuktikan bahawa DAP lebih tegas terhadap pemaju. Pemuda mengingatkan LGE agar jangan cuba memutarbelit fakta dan bahawa isu yang penting adalah bukan siapa yang memanjakan pemaju tetapi bilangan perumahan mampu milik rakyat miskin dan sederhana di Pulau Pinang. Penilaian keberkesananan bilangan stop work order yang banyak terhadap mana mana pemaju pada zaman DAP lebih memungkinkan unsur-unsur rasuah dan pecah amanah timbul berbanding pemaju yang mematuhi undang2 daripada peringkat awal kelulusan perancangan pembangunan daripada pada zaman BN.

Dalam menangani isu ini, LGE cuba berselindung disebalik kenyataan presiden persatuan pemaju pulau pinang(REHDA) Datuk jerry Chan yang menyatakan bahawa harga rumah di Pulau Pinang akan lebih mahal lagi jika pembangunan dilereng bukit dihentikan. Alasan yang tidak sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri DAP jika mereka mengutamakan kesejahteraan rakyat pulau pinang. 

Tindakan meluluskan tebusguna tanah laut di bayan mutiara untuk perumahan mewah dan meluluskan pembangunan mewah dilereng bukit tanpa terkawal adalah tidak menepati slogan "cleaner and greener penang".terbukti semua slogan tersebut hanyalah gimik untuk mengaburi mata rakyat miskin pulau pinang. 
Kerajaan negeri DAP perlu memastikan pembangunan yang seimbang antara golongan kaya dan sederhana dikawal selia dan tidak membiarkan dikawal secara membuta tuli oleh pasaran. 

Kenyataan bahawa Kerajaan Negeri akan membina 12000 unit rumah mampu milik di daerah SPS ditambah pula pengumuman baru tambahan 6000 di empat daerah lain jelas membuktikan pembangunan yang tidak seimbang bagi setiap daerah dikeseluruhan Pulau Pinang.Persoalan pertama yang timbul, kononnya wang hasil jualan tanah emas bayan mutiara sebanyak 500 juta digunakan untuk membiayai perumahan di batu kawan tetapi sehingga hari ini,pemaju bayan mutiara masih tidak membayar 500 juta.Persoalan seterusnya pula, mengapakah rumah2 kos rendah dan sederhana lebih ditumpukan hanya di kawasan seberang dan bukan di bahagian pulau. Disamping itu LGE juga turut menganggarkan sebanyak 20,000 rumah mampu milik akan dibina pemaju swasta yang tidak dapat dipastikan lagi. yang mana jumlah kesemuanya adalah 38000 unit rumah mampu milik akan dibina, takut janji tinggal janji. 

LGE nampaknya cuba mengelirukan rakyat sekali lagi dengan bermain dengan angka tetapi hakikatnya rakyat PP masih mencari2 dimanakah 11596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang kononnya telah dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat menerusi PDC sejak 2008 yang dilaporkan didalam akhbar buletin mutiara milik kerajaan negeri. LGE perlu faham bahawa rakyat pp tidak boleh diperbodohkan selalu, semua rakyat pulau pinang terutamanya rakyat miskin dan sederhana sememangnya menunggu PRU13 untuk menumbangkan kerajaan negeri DAP yang mengutamakan orang2 yg lebih kaya.

Persoalannya sekarang adalah,Rakyat PP sebenarnya tengah mencari dimanakah 11596 unit rumah tersebut sekarang,??? Pemuda berharap LGE dapat membawa rombongan rakyat melawat 11596 unit rumah dahulu sebelum MENJANJIKAN 38000 unit rumah pula. 

Ir.Shaik Hussein Mydin

Kita pakat-pakat tunggu Guan Eng jawab noo..

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels