Followers

Saturday, 9 June 2012

Setelah Medan Tahrir,Mesir Masih Kelam Kabut !!


Semua sudah pastinya masih ingat apa yang berlaku di Mesir khususnya demontrasi di Medan Tahrir yang kononnya revolusi anak muda sehinggakan jatuhnya kerajaan Mesir yang di pimpin oleh Hosni Mubarak selaku Presiden.

Dan Malaysia juga tidak lari daripada terkena tempiasnya apabila juak-juak Pakatan Haprak dilihat begitu teruja sekali dalam soal ini kerana apa yang di canangkan kepada rakyat adalah kononnya kebangkitan rakyat.

Namun enam belas bulan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan rakyat, masa depan politik Mesir masih bergelut dengan kes mahkamah dan perbalahan terbuka antara calon.


Keadaan itu mungkin menyebabkan Parlimen Mesir yang baru dilantik dibubarkan, pilihan raya presiden tidak akan diteruskan manakala Perlembagaan baru negara itu tidak dapat dirangka.

Cara masalah ini diatasi akan menentukan sama ada pemerintahan tentera akan berakhir 1 Julai depan atau Mesir kembali kepada keadaan asal dengan ketegangan dan pertumpahan darah baru.

“Keputusan mahkamah akan meningkatkan sejuta persoalan. Apa yang kita lihat sekarang ialah kekalutan politik,” kata Ahli Perundangan Ikhwanul Muslimin, Sobhi Saleh, pergerakan yang berdepan kehilangan besar jika Parlimen dibubarkan.

Gabungan antara masalah politik dan undang-undang berlaku tidak sampai dua minggu menjelang pilihan raya pusingan kedua antara Ahmad Shafiq dan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, pada 16 dan 17 Jun ini. Pemenang akan diisytiharkan pada 21 Jun.

Morsi dan Shafiq adalah dua calon yang menduduki dua tempat teratas daripada 13 calon dalam pilihan raya pusingan pertama bulan lalu. Rakyat Mesir yang tinggal di luar negara sudah mula mengundi dalam pusingan kedua ini.

Bagaimanapun, bilangan aktivis yang semakin ramai mendesak pilihan raya dibatalkan keseluruhannya, merosakkan prospek sama ada calon Ikhwanul Muslimin atau penyokong setia rejim lama untuk mentadbir Mesir. Bekas ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei, yang juga pemimpin pembaharuan negara itu salah seorang daripadanya.

“Rakyat Mesir tidak bersedia untuk pilihan raya dan mereka akan berpecah-belah. Pilihan raya perlu menjadi pentas akhir demokrasi, yang belum kita miliki,” katanya kepada wartawan Selasa lalu.

Dua hari sebelum pilihan raya, Mahkamah Agung Perlembagaan, akan mempertimbangkan dua kes yang berpotensi menjadikan semuanya kucar-kacir sekali lagi.

Dalam satu kes, ia menilai semula keputusan mahkamah rendah mengenai undang-undang menganjurkan pilihan raya Parlimen lewat tahun lalu tidak mematuhi Perlembagaan. Jika mahkamah bersetuju, perundangan sedia ada yang menyaksikan Ikhwanul Muslimin menguasai hampir separuh kerusi akan dibubarkan dan rakyat Mesir perlu kembali mengundi untuk memilih Parlimen baru.

Kes lain ialah sama ada Shafiq boleh terus bertanding atau tidak. Mahkamah akan mengeluarkan keputusan mengenai kesahihan undang-undang pengecualian politik yang diluluskan Parlimen melarang ramai tokoh rejim lama daripada bertanding dalam pilihan raya. Jika ia menyokong undang-undang itu, Shafiq terpaksa menarik diri dan pilihan raya presiden terpaksa dimulakan sekali lagi.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir minggu ini menuntut undang-undang itu digubal untuk menyingkirkan Shafiq.

Peralihan untuk pemerintahan demokratik di Mesir memang bergelora sejak jeneral tentera, diketuai Menteri Pertahanan Mesir zaman Mubarak selama 20 tahun, mengambil alih tampuk pemerintahan daripada presiden yang disingkirkan itu Februari tahun lalu.

Apa yang menjadi minat MMI dalam kemelut ini adalah apakah ianya merupakan satu keputusan dan tindakan terbaik menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara sebegitu ? Ya jika ianya baik sekalipun (kerana dikatakan Hosni Mubarak menjalankan pemerintahan kuku besi) adakah masih ada jalan yang menunjukkan proses demokrasi berjalan ?

Kerana daripada apa yang berlaku ianya jelas seolah-olah menafikan hak mereka-mereka (yang dikatakan penyokong Hosni Mubarak) yang mahu bertanding dalam satu pilihan raya yang diadakan apabila kebangkitan semula kumpulan penunjuk perasaan yang mahukan undang-undang di gubal untuk memastikan Shafiq tidak boleh bertanding yang jelas menunjukkan ini bukan satu tindakan demokrasi.

Untuk menggubal undang-undang pula siapakah yang akan menggubal undang-undang tersebut apabila pilihan raya pun masih belum diadakan dan sejauh mana ketelusan penggubal undang-undang tersebut daripada memihak kepada mana-mana pihak dalam soal kononnya memperjuangkan keadilan serta sejauh mana rakyat terutamanya mereka yang memenuhi Dataran Tahrir boleh menerima sedangkan hari ini Mesir berada di bawah pemerintahan seorang jeneral tentera di ketuai Menteri Pertahanan Mesir zaman Mubarak ?  

Inilah yang perlu di lihat oleh rakyat Malaysia khususnya mereka-mereka yang begitu taksub untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada walaupun mereka terpaksa menggunakan jalanraya seperti mana yang berlaku di Mesir.

Apakah rakyat Malaysia mahu melihat kerajaan dan negara hari ini terjebak dalam kemelut seperti mana yang melanda Mesir pada hari ini ?

Pakatan Haprak begitu teruja dan mengikuti perkembangan di Mesir dengan penuh minat kerana apa yang berlaku di sana sedang cuba di bawa ke negara kita cumanya mereka lupa bahawa sehingga ke hari ini Ikhwanul Muslimin sebuah parti yang menerajui kempen menjatuhkan kerajaan Mesir di medan tahrir juga sekarang ini sedang bergelut dengan kekalutan politik yang memungkinkan pergerakan itu berdepan kehilangan besar jika parlimen di bubarkan.

Soalnya sekiranya semua ini berlaku dalam negara kita siapakah yang akan mengalami kesannya dan siapakah yang akan menjadi mangsa kepada apa yang MMI labelkan sebagai tindakan manusia tidak bertamadun?

Sebagai rakyat sebuah negara Merdeka seperti Malaysia yang bertamadun kita seharusnya memikirkan tentang nasib anak bangsa selepas kita.

Jangan Perjudikan Apa Yang Kita Miliki Hari Ini Untuk Mengejar Apa Yang Belum Pasti Di Kemudian Hari.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels