Followers

Sunday, 10 June 2012

Wajib Baca ! Apa Kaitan Roger Mitton & Anwar Ibrahim ??


Apa kaitan Roger Mitton dan Anwar Ibrahim ? Mengapa tiba-tiba nama Roger Mitton menjadi sebutan ? Semuanya bermula apabila satu tulisan oleh seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Soalnya sejauh mana wartawan ini tahu dan mengenali Malaysia khususnya dalam isu skandal kapal selam scorpene ini ? Klik Sini.


Semuanya mendatangkan teka-teki dan isu ini di mainkan oleh pihak Pakatan Haprak dengan begitu hebat sekali.

Namun apa yang perlu di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia adalah hubungan yang wujud di antara Anwar dan Roger lah yang menyebabkan semua ini berlaku.

Tetapi sebelum itu adalah lebih baik untuk kita mengenali akhbar Phonm Penh Post ini.

Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia. Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara, dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters, AFP dan sebagainya. 

Walau di Cambodia sendiri pun, Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star disini, maklumlah, dengan kadar buta huruf yang tinggi, berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris.

Perlu diingat tujuan kenyataan di atas bukan dengan maksud menghina, tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain.

Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia, nak cakap pasal kapal selam? Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul. Jelas, rujukan Roger Mitton selaku penulis rasanya lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar. 

Siapa Roger Mitton? Jika anda baru dalam politik, mungkin anda tidak mengenalinya. Jika anda telah mengikuti perkembangan Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi, Roger Mitton adalah salah seorang wartawan barat yang diupah untuk menulis berita yang boleh memberikan imej positif kepada Anwar Ibrahim. Salah satu daripada 'tugasan' Anwar Ibrahim kepada Roger Mitton adalah menyediakan satu artikel bertajuk 'Change Or Lose' di AsiaWeek.Klik Sini untuk maklumat lanjut.

Selain daripada gerakan terancang didalam negara kita,menggunakan media-media luar negara yang mempunyai niat untuk melihat kerajaan BN di tumbangkan contoh seperti laporan yang di tulis oleh Roger Mitton,Pakatan Haprak juga sebenarnya melalui Anwar Ibrahim telah membuka ruang yang cukup luas kepada pihak-pihak di luar sana untuk sama-sama menyokong beliau dalam usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Video di bawah adalah bukti kedua bahawa pihak luar juga sedang cuba untuk memusnahkan Malaysia dengan sokongan rakyat Malaysia sendiri.

  

Semua yang berlaku begitu jelas sekali bahawa ini merupakan tindakan terdesak daripada Anwar Ibrahim dan Pakatan Haprak yang sebenarnya sudah hampir nazak dan sekarang ini mereka akan menggunakan apa saja saluran dan cara demi untuk mencapai cita-cita peribadi songsang dan jijik Anwar Ibrahim untuk menjadi PM.

Berhati-hatilah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels