Followers

Monday, 1 June 2015

1MDB Letak Jawatan Jika Tidak Bersama Pulihkan ... HISHAMMUDDIN SETUJU !


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini tampil untuk BERSETUJU dengan ...

Ramai dari kalangan netizen mahupun pemerhati politik tampil dengan pelbagai pandangan apabila YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semasa mesyuarat kabinet Jumaat lalu menyentuh tentang pendirian dan kedudukan barisan jemaah menterinya berkaitan isu 1MDB.

Dalam kenyataan tersebut , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.Selanjutnya 

Walaupun tidak ada sesiapa yang meletakkan jawatan , tindakan itu dilihat amat kena pada masanya dan sewajarnya ia dilakukan oleh seorang pemimpin apatah lagi Perdana Menteri.

Mungkin ramai yang melihat seolah-olah Perdana Menteri cuba untuk mencari alasan dengan menggunakan kedudukannya namun jika diperhatikan usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam menangani serangan politik terhadap 1MDB maka ianya amat bertepatan sekali.

Sebagai Perdana Menteri yang telah pun menggariskan beberapa perkara untuk menyelesaikan isu 1MDB dan juga arahan supaya siasatan dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu maka gesaan beliau supaya mana-mana jemaah menteri yang tidak sehaluan meletakkan jawatan merupakan satu tindakan berani serta membuktikan komitmen Perdana Menteri sendiri.

Tidak ada cacatnya gesaan tersebut memandangkan semua jemaah menteri itu berada di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri malahan ianya langsung berbeza dengan gesaan daripada pihak-pihak tertentu di luar sana yang mahukan supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Malah dalam semua keadaan itu , Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein tampil menyatakan persetujuan bersyaratnya terhadap pelan penyusunan semula selepas satu pembentangan pelan hala tuju 1MDB oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada semua anggota kabinet baru-baru ini.


Menurut Naib Presiden UMNO itu , 3 syarat perlu dipatuhi agar setiap usaha yang dilakukan itu benar-benar dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak.

PERTAMA - RASIONALISASI bermaksud 1MDB perlu benar-benar mempunyai perancangan dan pelan perniagaannya agar dapat memberikan pulangan serta keuntungan kepada negara dan dalam masa yang sama memperbaiki keadaan dan sebarang kesilapan mahupun kelemahan yang ada.

KEDUA - AKAUNTIBILITI bagi pihak yang bersalah bermaksud usaha perlu dilakukan untuk memastikan 1MDB mendapat kepercayaan rakyat malah 1MDB juga perlu mempunyai pasukan urus tadbir yang baik dan amanah.Selain daripada itu mengambil tindakan dan mendakwa mana-mana pihak yang melakukan atau didapati bersalah dalam 1MDB.

KETIGA - TRANSPARENSI dalam semua hal berkaitan perkara 1 dan 2 di atas.

Kita tahu dengan pelbagai tanggapan dan spin pihak-pihak diluar sana kenyataan tersebut bakal menjadi isu perdebatan politik terkini berkaitan kemelut yang melanda 1MDB.

Malah tidak keterlaluan jika MMI mengambil contoh tindakan daripada bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin melalui blognya yang secara jelas cuba mengheret isu ini menjadi sebaliknya.Zam dalam penulisan di blognya menyebut bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk para jemaah menteri tampil menyahut cabaran supaya meletakkan jawatan sebaliknya mencadangkan supaya Najib mengarahkan barisan jemaah menteri untuk menyerang Tun Mahathir kerana tindakannya sebelum ini.Baca SINI 

Bukankah ianya menyimpang daripada hasrat sebenar kepimpinan negara ?

Sesuatu yang perlu kita fahami adalah anggota kabinet telah diperjelaskan tentang pelan hala tuju 1MDB dan secara tidak langsung mereka telah pun diberikan ruang untuk bertanya dan seharusnya peluang ini digunakan oleh mereka untuk mendapatkan penjelasan.

Adalah sesuatu yang dangkal dan tidak masuk akal sekiranya masih ada dikalangan mereka-mereka itu boleh bertindak sebaliknya seperti mana yang berlaku sebelum ini.


Malah kenyataan tersebut telah pun di jawab oleh Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila beliau telah memuat naik muka hadapan buku '1MDB factsheet' ke laman sosial Twitter beliau.


Kita tahu dalam keadaan hari ini pelbagai tuduhan dan permainan persepsi bukan sahaja sedang berlaku malah akan terus berlaku.Kerana itu usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan hari ini sebenarnya lebih menumpukan kepada menjawab semua pertuduhan berdasarkan bukti hasil siasatan dari kalangan mereka yang profesional.

Dalam masa yang sama kenyataan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein turut memperlihatkan kepada kita betapa usaha dan komitmen daripada kerajaan sebenarnya terarah kepada penyelesaian yang berhemah dan berlandaskan undang-undang.

Dan MMI yakin Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein BERSETUJU agar usaha atau pelan penyusunan semula 1MDB perlu dilakukan dengan serius dan penuh komitmen agar ianya tidak lagi mengundang persepsi mahupun serangan politik yang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan atau kekeliruan seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Siapa jua yang didapati bersalah pasti akan dikenakan tindakan sewajarnya dan ianya menjadi pendirian kerajaan untuk melihat 1MDB bukan sahaja dimantapkan tetapi menjadi entiti atau badan yang mendapat kepercayaan rakyat.

Rentetan daripada apa yang berlaku , jelas isu 1MDB sememangnya perlu ditangani dengan baik dan profesional agar apa jua keputusannya nanti mampu memberikan kefahaman bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada para pemimpin sama ada dari kalangan kerajaan mahupun pembangkang.

MMI

10 comments:

  1. semasa start 1MDB tak semua menteri tau. Buat loan, "investement" semua cuma PM, MOF dan 1MDB saja yang tau. Dah buat taik suruh semua menteri cuci. Apa kena mengena 1MDB dengan lain2 kementerian? Suruh MOF saja yang cuci taik ni.. termasuklah menteri kewangan.. oh ya.. orang yang sama dengan PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul , yang paling tak boleh tahan sekali punya lar berlagak pegawai 1mdb masa mula tubuh dulu .. Macam gampang .. Dah nak terbalik heret semua menteri sekali .. Bangang !!!

      Delete
  2. Minta kepada Allah tunjuk siapa yang bersandiwara dan hendak jahanamkan agama dan bangsa, harap secepat mungkin dah meluat tenguk perangai dia?

    ReplyDelete
  3. 20:17... Bodohnya kau nie punya komen.. Tak tahu dok diam lah BABI

    ReplyDelete
  4. SALAM BRO,AKU SETUJU.DAH HARU BIRU NI BARULAH NAK PAKSA SEMUA MENTERI SOKONG DIA.APALAH MALANG PUNYA PM MACAM NI !

    ReplyDelete
  5. 1MDB adalah untuk negara dan rakyat bukan untuk MOF sahaja. Secara langsungnya memanglah MOF yg tubuhkan. Kalau 1MDB berjaya benifitnya untuk seluruh rakyat bukan untuk staff MOF je. Sepatutnya seluruh rakyat sama2 menyokong 1MDB. Susah sama susah, senang sama senang.

    ReplyDelete
  6. Najib kata sapa yg x setuju ngan pemulihan 1MDB boleh berhenti. Setuju atau x setuju itu je. Bukan suruh menteri kabinet cuci taik. Anon 2017 kau cakap biar betul. Pada saya oleh kerana 1MDB punya harapan cerah untuk berdaya maju dengan aset2 yg ada tu, betullah ia patut dipulihkan dari belenggu hutang yg diambil untuk beli aset2 tu.

    ReplyDelete
  7. Saya baru dengar penerangan Husni Hanazlah fasal 1MDB di tv 1. 1MDB x de hilang duit. Semua duit telah dibelikan aset atau dilaburkan. Jumlahnya RM41.8 bilion. All is accounted for dalam penyata kewangan. So sapa yg tuduh, fitnah Najib dan 1MDB macam2, maki hamun hendaklah bertaubat dan mohon maaf secara terbuka selagi ada kesempatan..............

    ReplyDelete
  8. PM yang sepatutnya meletak jawatan sekiranya menteri kabinet memilih untuk berdiam.

    ReplyDelete
  9. Nama saya Zara, dari Indonesia saya berjanji untuk berkongsi kesaksian ini kepada Allah dalam hidup saya. 2 minggu yang lalu, saya memerlukan banyak wang, jadi saya memohon pinjaman, kemudian mendapati diri saya dalam tangan yang salah yang mendakwa peminjam pinjaman yang baik di seluruh dunia, tidak mengetahui bahawa mereka semua penipu. Mereka mengutip RM4,000 dari saya dan enggan menghantar pinjaman yang saya minta saya keliru dan kecewa.

    Pada hari yang setia saya pergi ke pasar dan kemudian bertemu kawan lama, saya memberitahu semua perkara yang berlaku kepada saya, maka dalam proses itu dia memperkenalkan saya kepada Mrs. Suzan di mana dia menerima pinjaman sebanyak RM150,000. maka dia memberikan saya e-mail suzaninvestment@gmail.com dan saya menghubungi beliau dengan serta-merta saya pulang ke rumah, dia memberitahu saya peraturan dan peraturan dan saya mengikuti, selepas memproses dokumen dalam masa kurang dari 48 jam, saya menerima pinjaman saya sebanyak RM100,000 .

    Saya yakin dia juga akan senang membantu anda, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman cepat, hanya mendaftar dengan syarikat pinjaman pelaburan Suzan dan anda boleh menghubunginya melalui e-mel: (suzaninvestment@gmail.com ). anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (Zaradam@gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. dia adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.

    ReplyDelete

Labels