Followers

Saturday, 9 June 2012

Lebuh Raya Punya Cerita - Pas Retorik


Kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Pas dengan Menteri Besarnya adalah Mursyidul Amnya,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer sehingga meminta derma daripada rakyat atas konsep sedekah dan amal jariah adalah sesuatu yang tidak wajar.


Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyelar konsep sedemikian dan menganggap bahawa ia adalah umpama mimpi di siang hari yang ditimbulkan oleh Pas lantaran menyedari bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.

“Secara logiknya, dalam kiraan kasar rakyat Kelantan adalah seramai 1.5 juta orang dan sekiranya Nik Aziz beria-ia mahukan amal jariah dari setiap rakyat negeri Kelantan maka setiap seorang daripada mereka perlulah memberi sumbangan sebanyak RM2,000 bagi mendapatkan keseluruhan jumlah kos pembinaannya yang bernilai lebih 1.8 bilion,” katanya. 

Terang beliau, kos 1.8 bilion tersebut adalah nilai anggaran yang dibuat beberapa tahun dulu maka sudah tentulah pada harga semasa hari ini kosnya sudah bertambah sekali ganda atau lebih dari itu yang tentunya jumlah ‘amal jariah’ yang perlu disedekahkan oleh rakyat Kelantan juga adalah bertambah.

“Ini adalah cerita karut yang dilakukan oleh Pas dalam menyimpang atau mengelirukan fahaman rakyat khususnya di Kelantan kononnya rakyat Kelantan membuka peluang kepada rakyatnya memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

“Jika difikirkan, selama lebih 20 tahun mentadbir Kelantan, berapa banyak masjid yang telah dibina dengan sedekah dan amal jariah oleh kerajaan negeri sendiri?”

Kelmarin, dilaporkan seramai 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan ‘Tukar Acu Test Sepenggal’ atas dasar protes terhadap projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di bawah Kerajaan Negeri yang menggunakan wang rakyat dengan turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri.

Lantaran itu, Ketua Penerangan Pas, Dr Mohd Fadhli Hassan telah menyifatkan kumpulan tersebut sebagai golongan yang tidak memahami dosa dan pahala.

“Mereka cuba kelirukan rakyat dengan bercakap soal kerohanian, sebut tentang dosa pahala, sedekah dan amal jariah apabila apa yang dilakukan oleh pihak selain daripada mereka sedangkan bagaimana pula dengan tindakan ahli-ahli Pas termasuklah Nik Aziz yang mengakui sendiri memberi sumbangan kepada orang-orang yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 3 yang mana ia terang-terangan melakukan kekacauan dan mengundang kerosakan kepada negara?

“Yang mana lebih berdosa antara demonstrasi aman yang dibuat oleh NGO menentang Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan wang rakyat dan menuntut pelaksanaan janji-janji untuk pembangunan dengan demonstrasi Bersih 3 yang bukan saja menyebabkan huru-hara, kepincangan ekonomi dan juga kecederaan serta kerosakan pelbagai kemudahan awam. Fatwa mana yang membolehkan wujudnya dosa untuk NGO ini dan dapat pahala untuk Bersih 3 yang berniat melakukan rusuhan,” tegasnya lagi.

Katanya, kegagalan kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas melaksanakan pembangunan telah ditutup dengan taktik politik jahat mereka.

“Pas yang bukan saja memperalatkan rakyat tetapi mempergunakan agama Islam dengan memutarbelit fatwa untuk kepentingan peribadi dan agenda politik mereka menjelang PRU ke-13.


Bayangkan jika Pas benar-benar ikhlas mahu melaksanakan pembinaan lebuh raya untuk kesenangan rakyat Kelantan sebenarnya sudah lama di lakukan mereka.Semua sedia maklum boleh dikatakan setiap daripada siri ceramah mereka tabung-tabung derma sentiasa di gerakkan malah jika di kira selama 20 tahun mereka memerintah Kelantan dan melakukan siri ceramah maka sudah pasti kos untuk menyediakan lebuh raya bukan saja sudah siap malah lebih daripada itu.

Soalnya mengapa sekarang baru menyalak ? Dan kemana perginya sumbangan daripada mereka-mereka yang menyumbang ? 

Jika dikira daripada tindakan Pas Kelantan itu maka bolehlah selepas ini kerajaan negeri untuk bersedekah pula kepada kerajaan pusat apabila kerajaan pusat mahu membina lagi lebuhraya atau apa saja yang dapat mendatangkan keselesaan kepada rakyat.Mungkin Pas Kedah dan Kelantan boleh membantu kerajaan pusat dengan niat bersedekah dan melakukan amal jariah kepada seluruh rakyat Malaysia.


Satu lagi tindakan retorik daripada Pas yang dilakukan semata-mata untuk menghadapi pilihan raya.

Rasanya Pas lupa bahawa hari ini rakyat semakin menolak perjuangan mereka yang jelas telah lari daripada landasan perjuangannya.

Pas bakal berkubur dalam PRU13 sama-sama kita nantikan.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels