SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai Suara Rakyat Malaysia kini berdepan dengan satu tuduhan penipuan terancang melibatkan pembelian kapal selam negara.
Malah tindakan mereka di lihat bukan saja mampu merosakkan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bahkan sudah sampai ke tahap melakukan fitnah yang semuanya bertujuan untuk memburukkan kerajaan malah YAB Perdana Menteri sendiri.
Semuanya bermula apabila kerajaan Malaysia membuat pembelian kapal selam jenis "scorpene" daripada Perancis untuk memperkuatkan sistem pertahanan negara yang turut merupakan keperluan ketenteraan kini bagi memaksimakan keupayaan pertahanan maritim negara.
Semenjak itu bermulalah pelbagai tuduhan,tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan dan YAB Perdana Menteri dengan mengaitkan pembelian tersebut dengan pembunuhan Altantuya,fitnah yang menggambarkan YAB PM pernah dan mengenali Altantuya,Tuduhan Datin Seri Rosmah mengarahkan pembunuhan Altantuya dan seterusnya sehinggalah isu kapal selam tidak dapat menyelam pun dijadikan sebagai bahan mahupun isu (Klik Sini) untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan yang semua pihak tahu ianya didalangi oleh juak-juak Pakatan Haprak.
Walaupun pelbagai penerangan telah di buat yang turut menyaksikan YAB PM bersumpah tidak mengenali Altantuya,isu berkenaan kapal selam ini masih terus berlanjutan sehinggalah tuduhan mengatakan satu perbicaraan telah pun diadakan dan sedang berlangsung di negara Perancis.
Sehinggalah satu pendedahan terbaru di buat terhadap SUARAM yang menyatakan bahawa tiada sebarang perbicaraan tentang kapal selam "scorpene" di Perancis yang telah menyebabkan SUARAM kini semakin tidak senang duduk.
Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.
Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”
Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.
Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.
Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.
Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.
Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.
Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.
Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.
Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.
Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.
Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.
Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!
Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangka hayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.
Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.
Sumber tunfaisal.blogspot.com
Kepada semua suka untuk MMI nyatakan disini sekali lagi bahawa kenyataan berkaitan pembayaran sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang di tuduh oleh pihak SUARAM sebagai pembayaran komisen sebenarnya adalah pembayaran nilai perkhidmatan yang di sediakan oleh Perimekar Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
1) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
2) Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
3) Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
4) Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.
5) Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
6) Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
7) Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.-Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Dan tahukah mereka bahawa pembayaran EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002
Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?
Ternyata tindakan SUARAM dan juak-juak Pakatan Haprak sebenarnya hanyalah agenda untuk memburukkan kerajaan dalam usaha mereka merampas Putrajaya.
Yang perlu di lakukan sekarang adalah SUARAM perlu disiasat.
MMI.
No comments:
Post a Comment