Followers

Friday, 6 July 2012

Anwar Mahu Bersara ???


Anwar Ibrahim diberitakan sudah mula berkira-kira untuk bersara daripada politik sekiranya Pakatan Haprak gagal membentuk kerajaan dalam PRU ke13 nanti.Malah jika dikira dari sudut politik terkini ternyata Anwar sebenarnya sudah pun menghidu bau penolakan rakyat terhadap perjuangan songsangnya bersama Pakatan Haprak.

Bagi MMI selain dari berkira-kira untuk bersara,Anwar sebenarnya sudah memulakan rentak atau kempen secara halus dengan cuba mendapatkan sokongan simpati daripada rakyat.

Beliau yang terkenal dengan manusia pelbagai wajah ini mampu melakukan apa saja demi untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Kepada rakyat keseluruhannya berhati-hatilah dengan permainan Anwar kerana beliau seperti yang dikenali mampu berbuat apa saja malah tidak takut untuk berjanji asalkan beliau mendapat sokongan.

Namun yang paling menarik perhatian MMI adalah respon daripada Nik Aziz sendiri yang mahukan supaya Anwar terus terlibat dalam kancah politik negara.

Respon ini sebenarnya mengundang pelbagai persepsi kerana Nik Aziz sendiri yang sudah puluhan tahun berkecimpung dalam dunia politik masih lagi tidak mahu melepaskan jawatan malah jika di ikutkan dari pengamatan MMI sendiri beliau pernah mempertikaikan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu melepaskan jawatan setelah lama memegang jawatan sedangkan hari ini beliau dengan jelas sekali merupakan individu seperti yang pernah beliau sebutkan.

Keduanya amat jelas memperlihatkan Nik Aziz tidak mampu mengharungi perjuangan bersama Pakatan Haprak seorang diri kerana masih memerlukan Anwar sebagai sebahagian daripada kumpulan atau rakan dalam Pakatan Haprak.Sikap kebergantungan kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Haprak membuktikan Pas sebenarnya gagal sebagai sebuah parti yang boleh mengepalai Pakatan Haprak.

“Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat,” katanya menerusi laman facebooknya.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times yang mengakui menimbang untuk bersara dan kembali kepada kerjaya asalnya sebelum menyertai politik iaitu menjadi pendidik.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Anwar tetap boleh menggunakan medan politik untuk meneruskan minatnya sebagai pendidik.

“Hakikatnya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar. Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik (universiti) mengajar mahasiswa,” katanya.

Apakah kerana persefahaman yang tidak pernah wujud diantara Pas dan DAPigs menjadi alasan mengapa Nik Aziz masih memerlukan Anwar Ibrahim ?

Nik Aziz memerlukan Anwar Ibrahim ? Haha hebatkan seorang ni kononnya ulama sorang lagi kaki peliwat..Eloklah pakat-pakat lah ampa..

Tapi satu ja ampa semua kena ingat kalau Anwar boleh rasa untuk undur diri Nik Aziz pula sampai bila ? Sampai ............ kot!

Kebetulan Tun Mahathir juga turut memberikan respon dan Tun ternyata memperlihatkan sikap beliau yang tegas dan dalam masa yang sama masih mahu melihat manusia bernama Anwar Ibrahim ini untuk berhenti daripada terus dibenci oleh rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini, hari ini. 

Dr Mahathir berkata, kenyataan Anwar itu adalah retorik politik saja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

Lagi satu jangan lupa sekiranya benar Anwar bersara dari dunia politik beliau sudah membayangkan akan menjadi pendidik.Menjadi pendidik bererti beliau bakal menjadi guru kepada anak-anak bangsa kita sekiranya beliau memilih untuk menjadi pendidik di Malaysia.

Persoalannya mahukah anda membiarkan anak-anak anda untuk dididik oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ??

Bagi MMI adalah lebih baik sekiranya Anwar bersara dan kemudiannya terus menetap di luar negara dan jadilah pendidik yang berjaya disana sekurang-kurangnya anak sebangsa dengan MMI terselamat daripada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels