Followers

Friday, 6 July 2012

GEMPAR ! E-Mail Kerajaan Di Dedahkan !!


Laman web Wikileaks semalam mula mendedahkan lebih dua juta emel pegawai kerajaan Syria yang bukan hanya akan memalukan Damsyik tetapi turut melibatkan pihak pembangkang negara itu.

Wikileaks dalam kenyataannya berkata, emel tersebut yang dikenali sebagai Fail-Fail Syria merupakan milik ahli politik Syria, menteri-menteri dan syarikat-syarikat kerajaan yang bertarikh dari Ogos 2006 hingga Mac lalu.

"Kandungan emel terbabit memalukan Syria dan kumpulan penentang kerana ia berkaitan dengan kepentingan, tindakan dan fikiran kedua-dua pihak.

"Kami cuba memahami konflik yang berlaku berdasarkan kandungan emel tersebut," katanya.

Begitulah keadaannya apabila dunia semakin maju dan manusia meletakkan segalanya kepada sistem berkomputer yang dicipta oleh manusia sendiri.

Namun jika Wikileaks berbangga dengan pendedahan yang mereka lakukan di seluruh dunia maka Malaysia juga tidak ketinggalan malah lebih hebat dari itu kerana tanpa menggunakan sebarang kemudahan seperti mana yang digunakan oleh Wikilieaks pun rakyat Malaysia mampu mencetuskan huru hara.

Siapa lagi kalau bukan si Anwar Ibrahim bapa kepada semua juak-juak Pakatan Haprak di Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa berita negatif mengenai Malaysia yang disiarkan media Indonesia, disumbangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai kenalan di Indonesia termasuk dalam kalangan pengamal media yang membolehkannya menyalurkan berita negatif mengenai Malaysia.Klik Sini

Begitulah hebatnya seorang manusia yang begitu membutuhkan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Terdesak untuk mendapatkan sokongan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional,Anwar sudah mula lupa diri.

Kepada Anwar Ibrahim,kamu bukan lagi dianggap sebagai pejuang negara dan hentikanlah tindakan bodoh kamu itu kerana satu hari nanti rakyat hanya akan mengenali nama Anwar Ibrahim sebagai seorang penderhaka dan petualang kepada bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Percayalah perjuangan kamu dan nyawa PKR sudah menampakkan penghujungnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels