Followers

Thursday, 5 July 2012

GEMPAR ! PM Beli Penthouse USD100 Juta Di New York ??


Barisan Nasional dan UMNO semestinya pening kepala dengan isu terbaru apabila YAB PM Datuk Seri Najib Tun Razak diberitakan membeli sebuah penthouse berharga USD100 juta di kota New York.

Pasti ramai dikalangan pejuang dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional berkerut dahi dengan pendedahan terbaru ini kerana sudah pasti pendedahan ini bakal mengoncang kepimpinan YAB PM malah sudah pasti jentera-jentera Pakatan Haprak bakal membuat serangan habis-habisan terhadap pemimpin nombor satu negara.

Malah diberitakan seluruh jentera media UMNO dan Barisan Nasional juga melahirkan rasa kurang senang dengan berita ini kerana sudah pasti ianya sukar untuk dipertahankan apatah lagi terdapat bukti sahih menunjukkan pembelian itu berlaku.

Namun YAB PM tetap tenang dengan berita ini kerana beliau seperti yang diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia merupakan seorang pemimpin yang berani dan bersedia berdepan dengan apa saja tohmahan mahupun tuduhan yang dilemparkan oleh juak-juak Pakatan Haprak.

New York – Akhirnya identiti pembeli misteri penthouse yang paling mahal di kota raya ini yang berharga  $100 juta telah dikenal pasti dan beliau adalah Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim.

Beliau telah membeli penthouse dikenali One57,  yang berkeluasan 10,923 kaki persegi itu pada bulan lepas tanpa melihatnya langsung.


Bangunan itu kini masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.


Penthouse yang terletak di tingkat 89 dan 90 itu, mempunyai sekurang-kurangnya lima bilik tidur serta mengadap pemandangan pencakar langit Manhattan.

Terletak di 157 West 57th street,  One57 bakal menjadi bangunan kediaman paling tinggi di New York.


Dalam masa sama, jutawan tersebut yang mempunyai dua isteri dan 15 orang anak, dilaporkan sedang berbincang untuk membeli empat hartanah lain di Midtown yang dianggarkan bernilai $250 juta.

Perkara berkenaan disahkan oleh pemaju One57, Extell’s Gary Barnett, pada 18 Mei lalu.

Beliau sebelum ini enggan mendedahkan identiti pembeli terbabit sebaliknya hanya menyatakan jutawan itu dikenali sebagai Al-Thani, yang juga berminat untuk membeli satu unit apartment di Winter Garden.

Al-Thani meletakkan bidaan antara $90 juta hingga $100 juta selepas gagal mendapat dua unit apartment di Fifth Avenue walaupun telah membidanya pada harga $31.5 juta.

Kegagalan itu disebabkan terdapat laporan Al-Thani, yang memiliki keluarga besar itu akan merobohkan dua tingkat apartmen itu menjadi satu.

Selain itu, pihak pemaju juga bimbang beliau merupakan pemimpin negara asing dan pastinya mempunyai imuniti diplomatik di New York.Sumber mynewhub.

Haha memanglah PM yang beli "penthouse" tapi PM Qatar ! Jangan marah bro..

MMI yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk mempercayai cerita-cerita sebegini apatah lagi melibatkan YAB PM kita.

Apa pun tohmahan dan tuduhan terhadap YAB PM sentiasa di buat oleh juak-juak Pakatan Haprak termasuklah yang terbaru dengan mengheret Datin Seri Rosmah kedalam kancah politik sempit dan jijik juak-juak Pakatan Haprak.


Tindakan di atas jelas memperlihatkan juak-juak Pakatan Haprak sudah kehabisan idea melainkan melakukan satu tindakan paling bodoh dengan memfitnah Datin Seri Rosmah,Pemuda UMNO dan pihak stesen tv seperti TV3 dan RTM.

Sudahlah kalau setakat editing bodoh tu budak tadika pun boleh buat bro..

Tak habis dengan itu mereka juga mengaitkan pembelian kapal selam "scorpene" dengan YAB PM apabila SUARAM yang merupakan agen Pakatan Haprak mengeluarkan kenyataan YAB PM bakal di sepina dan bakal ditangkap oleh interpol.

Malah YAB PM telah pun keluar negara selepas itu termasuk UK dan beliau masih tetap meneruskan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.

Hairan pula MMI mengapa begitu senang sekali YAB PM keluar negara sedangkan heboh didalam ceramah-ceramah Pakatan Haprak menyatakan YAB PM tidak berani keluar negara kerana bimbang ditangkap oleh Interpol kerana terlibat dalam kes skandal pembelian kapal selam "scorpene"?

Semuanya hanyalah kerana dendam kesumat dan sikap tidak senang melihat kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kerajaan malah UMNO dan Barisan Nasional yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.

Ketahuilah wahai semua bahawa hari ini Pakatan Haprak dan juak-juaknya sudah semakin tersepit dan hilang arah.Mereka hanya bersandiwara sebagai sebuah angkatan tetapi dalam masa yang sama sedang mengalami kudis yang semakin membusuk dan menanti hari dan masa untuk di potong.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels