Guan Eng menipu lagi ! Tak tau lah MMI apa pula kenyataan yang nak dikeluarkan oleh Guan Eng selepas ini bagi menjawab tuduhan menipu keatas beliau.
Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.
Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.
“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.
Nampak sangat berbohong,Jelas sudah juak-jauk DAPigs dan Pakatan Haprak selama ni hanya mempergunakan rakyat Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan kuasa.Lihatlah apa yang berlaku sekarang.
Sehingga sekarang elaun imam masjid daerah masih lagi di tangga RM500.Guan Eng perlu jawab dan perlu membayar tunggakan elaun yang telah dijanjikan malah hak imam imam masjid daerah yang sepatutnya menerima elaun RM1000 selepas DAPigs memerintah Pulau Pinang perlu diselesaikan.
Guan Eng wajib bertanggungjawab dan jangan terus menerus membohong imam -imam masjid daerah.
Perkara ini telah pun disampaikan kepada Malik Kassim dan beliau telah sampaikan kepada Mansor.Namun,Mansor diamkan rayuan imam imam ini.
Dikhabarkan jumlah imam masjid daerah bagi seluruh Pulau Pinang di bawah MAIPP ialah seramai 12 orang.
Justeru itu Guan Eng dan kerajaan DAPigsnya perlu membayar tunggakan seterusnya menunaikan janji kepada imam imam masjid daerah seluruh Pulau Pinang seperti berikut :
2008 bermula Mac-Dis 10 bulan X RM 500.00 X 12 orang = RM 60 000.00
2009 Jan - Dis 12 bulan X RM 500.00 X 12 orang = RM 72 000.00
2010 Jan - Dis 12 bulan X RM 500.00 X 12 orang = RM 72 000.00
2011 Jan - Dis 12 bulan X RM 500.00 X 12 orang = RM 72 000.00
2012 Jan - Julai 7 bulan X RM 500.00 X 12 orang = RM 42 000.00
Jumlah tunggakan = RM 318 000.00
Setiap imam akan memperolehi tunggak elaun yang dijanjikan sebanyak RM26,500.00 seorang.
Guan Eng tolong jelaskan janji yang kamu dah buat pada imam imam masjid daerah dan tolong serahkan tunggakan elaun ini sebelum syawal.
Guan Eng tolong guna duit kerajaan negeri. jangan pula kau arah Malik Kassim guna wang zakat pulak nak bayar tunggakan ini.Klik Sini
Kadang-kadang sedih juga melihat orang Melayu sendiri yang terkinja-kinja menyokong perjuangan puak-puak lahanat ni.Apa yang kita dapat daripada sokongan tersebut ? MMI bukannya bercakap soal duniawi namun perkara paling jelas sekali berlaku ke atas kita umat Islam adalah perpecahan yang sebenarnya melemahkan kita sebagai satu ummah.
Percayalah tidak ada bangsa lain yang mampu merubah nasib bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri merubah nasib bangsa mereka.
Pas sepatutnya malu dengan pendedahan ini apatah lagi baru-baru ini barisan pemuda Pas hilang maruah kerana tindakan ketua mereka berbohong semata-mata untuk menang berhujah.
Psstt nak tunggu tengok apa yang Pas boleh buat dalam soal ini !!
MMI.
No comments:
Post a Comment