Followers

Wednesday, 13 August 2014

Krisis SELANGOR - PAS Mula BREAK DANCE !!

 

Nampaknya PAS dah mula pukul canang dan mula rancang gerakan untuk buat pusingan U-Turn dalam hal melibatkan kedudukan Menteri Besar Selangor.

Hari ini tanda-tanda Pas akan belot kian teserlah apabila Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco.

Beliau turut menambah, soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.

“Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.

“Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia ada pembangkang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Barisan Nasional ketika mengutarakan sokongan kepada Khalid tida langsung menyebut soal mahukan jawatan EXCO kerajaan negeri atau menuntut sebarang jawatan.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, sokongan BN kepada khalid adalah jujur dan ikhlas tanpa sebarang tuntutan.

Namun yang anehnya mengapa Pas membangkitkan isu ini?

Bukankah tujuan Sallehen ini sekadar mahu membantu Pas Pusat mencipta jalan keluar bagi menyokong Anwar pada 17 Ogos ini?

Kenyataan Sallehen dan Dr Rani, pastinya akan diikuti oleh beberapa orang lagi dalam hari-hari mendatang sebelum 17 Ogos ini bagi menyediakan landasan menukar sokongan dari Khalid Ibrahim kepada Anwar Ibrahim.

Secara tersirat Pas telah membuat keputusan menyokong Anwar Ibrahim, cuma mereka hanya bermain tarik tali dan mahu menyedia alasan yang wajar bagi mengubah sokongan supaya tidak nampak ingkar keputusan Majlis Syura Pas Pusat sebelum ini. sumber 

MMI

13 comments:

  1. Simpanlah sifat sombong dan bongkak kau tu untuk dirikau sendiri , Utamakan lah keputusan pucuk pimpinan kau tu dulu

    ReplyDelete
  2. pas percaya boleh harap belum tentu.exco pas jangan riak sangat Allah Maha Kaya.

    ReplyDelete
  3. Biasa lah PAS......mula-mula berdegar-degar,lepas tu berdengung- dengung.Last- last mencicit-cicit lari.

    ReplyDelete
  4. Dia ingat kalau TSKI mohon perkenan Tuanku bubarkan DUN,bila pilihan raya diadakan,tentu ke dia bolih menang.Jangan bersikap angkuh dan sombong,nanti benda yang dikejar tak dapat,benda yang dikendong berciciran.Jangan berperangai macam KETUM,golojoh,tamak dan arrogant,apa dah jadi.Bersyukurlah dengan apa yang dianugerah ALLAH sekarang.

    ReplyDelete
  5. "Pinggan tak retak nasi tak dingin""...UMNO pun tak hingin..sikit sikit UMNO/BN dah memang UMNO/BN lemah diSelangor kau kuatkan lah PAS tu..KERAJAAN PAS Selangor..gah gitu..

    ReplyDelete
  6. Biarkan aje diorang main drama... Yang mulakan diorang...yg berebut kuasa pun diorang...jadi biarkan diorang selesaikan sendiri... Dah dapat agak dah pengakhiran cerita... ini semua salah UMNO... hehehe

    ReplyDelete
  7. PAS munafik
    Lg bahaya dr DAP

    ReplyDelete
  8. diorg kan mangsa belasah..DSAI and GE and father.

    PAS downgrade the quality of islam in many ways.

    ReplyDelete
  9. PAS sedang ketar lutut utk dapatkan 50 juta yg ditawarkan oleh KETUM.

    ReplyDelete
  10. senang cerita bubar je dun kalid

    ReplyDelete
  11. Harap songkok je di kepala..hati hitam legam...jahat sgt ke umno dan baik sangat ke dap tu...cuba kau sebut satu jasa dap pd islam dan kau boleh nafikan ke jasa2 umno selama ini..ya umno tak sempurna tapi ia berkali2 gands lebih baik dari pkr dan dap laknatullah tu...dah byk kali kena tipu pun masih tak kenal mana kawan mana lawan.

    ReplyDelete
  12. dari dulu lagi saya memag tak suka degan pas sebab mereka rasa mereka sangat islam, merekalah memecahbelahkan orang islam, bersekonkol untuk menjathkan umno, bukan mereka tidak tahu siapa anwar dan guan eng, tapi sanggup lihat umno jatuh, demi untuk memegang kuasa. kalau nak dikatankan terlalu islam mengapa negeri kelantan tak maju, banyak jenayah,kotor, dan orang pas juga sombong

    ReplyDelete
  13. PAS macam tu lah ...sama sama melayu Islam depa tolak tapi dengan kapir harbi pelok cium habis. Memang lahanat puak puak ni. Kena gertak aja dengan DAPiq dah kecut tak ada telor....hahaha

    ReplyDelete

Labels