Siapa yang tidak kenal dengan penyampai berita sorang ni.Mendengar suara sahaja sudah boleh mengagak rupa paras si penyampai walaupun ada sesetengahnya langsung tidak tahu nama penuh beliau.Itulah kekuatan suara Farid Ismeth Emir yang cukup sinonim dengan perkataan FIKIR-FIKIRKANLAH dalam setiap penyampaian beritanya.
Namun tiba-tiba nama Farid Ismeth menjadi begitu panas sekali apabila dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor kononnya mereka ini dulunya pernah berkahwin.
Sememangnya MMI sendiri pernah mendengar cakap-cakap ini sejak dari dulu lagi namun kerana mengangap ianya sekadar gosip tanpa bukti maka dibiarkan cerita tersebut berlalu.
Tapi kini nampaknya cerita tersebut kembali lagi dalam suasana yang cukup berbeza iaitu sikap sesetengah pihak yang cuba untuk mengaut untung tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang.
Oleh kerana itu jom kita tonton video pengakuan daripada Farid Ismeth Emir sendiri berkenaan perkara yang sering diperkatakan semoga dengan pendedahan dan pengakuan ini isu yang sejak sekian lama menjadi buah mulut orang ramai dapat di noktahkan.
Kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya Pas sudah-sudahlah membuat fitnah.Semoga kebenaran itu dapat melenyapkan dusta yang selama ini menjadi barah sesama kita.
Ada juga mulut-mulut puaka yang mengatakan Farid telah dibayar oleh UMNO untuk mengunci mulut.Apa punya jenis manusia ni !! Kalau tak percaya sangat ampa pakat-pakat pi chek dekat majlis agama Islam ada ke tidak pendaftaran nikah cerai mereka !!
MMI.
No comments:
Post a Comment