Followers

Sunday, 15 July 2012

I'm Back !!


MMI kini kembali setelah menempuh 3 hari yang cukup sibuk.Banyak pengalaman yang MMI perolehi sepanjang 3 hari tersebut.Ada juga di kalangan rakan-rakan dan teman yang sms bertanyakan khabar,terima kasih diatas pertanyaan tersebut ini membuktikan sikap prihatin sesama kita masih menjadi budaya.Alhamdulillah.

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh masa tersebut sesuatu telah mencuit hati MMI dan semuanya adalah hasil daripada apa yang berlaku dalam program-program yang MMI terlibat.

Orang-orang Melayu sudah mula sedar bahawa perselisihan sesama sendiri sebenarnya tidak menguntungkan bangsa itu sendiri.Sikap suka bermusuh tidak memberikan kita keupayaan malah jauh sekali kekuatan untuk berdepan dengan musuh-musuh sebenar.

Walaupun ada di kalangan kita yang hatinya keras tetapi sifat bersatu atas nama perjuangan tetap menjadi intipati terbaik dan ianya telah berlaku dalam tempoh masa 3 hari ini.

Kerjasama sebagai satu pasukan merupakan elemen terbaik yang sudah mula difahami oleh kebanyakkan daripada kita.

Syukur kepada Allah SWT kerana MMI dalam tempoh masa ini telah diberikan ujian yang cukup hebat sehinggakan ada ketikanya hampir mahu mengalah namun kerana sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan dan sahabat semua kita mampu mengharunginya.

Benarlah setiap yang datang dari Allah itu merupakan dugaan buat kita,sekiranya kita menerima dugaan tersebut dengan hati yang terbuka dan meneruskan usaha maka sudah tentu keputusan akhirnya akan memberikan kita kejayaan.

MMI telah menempuh sendiri pengalaman tersebut,percayalah ianya berlaku sepertimana yang MMi perkatakan.

Syabas dan tahniah kepada semua yang bertungkus-lumus sepanjang 3 hari yang penuh mencabar ini.

Pssst  I'm Back !! Sama-sama kita nantikan pendedahan yang MMI janji untuk dedahkan..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels