Followers

Thursday, 19 July 2012

Kebakaran Di Kepala Batas - Terima Kasih Abang BOMBA


KEPALA BATAS – Lima keluarga di Kampung Kovil di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah papan mereka musnah dalam satu kebakaran semalam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kepala Batas berkata lima jentera dengan 30 anggota bomba masing-masing dari Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth, Perai dan Kuala Muda mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran yang berlaku 8.40 malam itu masih disiasat.

Semasa kejadian, kebanyakan mangsa tiada di rumah.Sumber Bernama.

Apakah punca kebakaran ini juga angkara UMNO ? Maklumlah juak-juak puaka Pakatan Haprak ni serba serbi tuduh UMNO.Silap sikit saja UMNO,salah sikit saja UMNO dah tak ada modal lain dah.

Apa yang MMI nak kongsikan disini adalah betapa usaha gigih anggota bomba yang bertungkus lumus dalam kejadian kebakaran tersebut seharusnya di berikan penghargaan.

MMI yakin anggota bomba yang bertugas tidak terdetik pun di hati untuk masyarakat menyanjungi mereka tetapi sebagai masyarakat dan rakyat kita seharusnya berterima kasih kepada mereka kerana saban waktu sentiasa bersiap sedia bagi menjalankan tugas menyelematkan harta benda dan nyawa.


Malah juak-juak Pakatan Haprak juga perlu tahu bahawa semua anggota bomba tu merupakan penjawat awam dan gaji mereka di bayar oleh kerajaan persekutuan.

Jadi jangan dok melalak sana sini kata kerajaan tak bagus.

Awat juak-juak Pas dengan Pakatan Haprak ada bomba sendiri ka ??

Terima Kasih BOMBA !

Psstt teringat masa berkhatan dulu bomba mai sembur air bagi mandi syok oooo...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels