Followers

Sunday, 8 July 2012

Nik Aziz Tekanan Tun Mahathir Bersuara Lagi !!


Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir,seorang negarawan terulung yang pernah Malaysia miliki.Malah menyebut namanya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan orangnya.

Tun bukan saja amat dikenali di Malaysia bahkan di seluruh dunia kerana kepetahan beliau dalam menyampaikan hujah.Beliau juga amat digeruni oleh dunia luar lebih-lebih lagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kerana teguran dan idea-ideanya diterima dan disokong oleh majoriti masyarakat dunia khususnya berkaitan ekonomi negara-negara membangun,kemanusiaan dan menjadi ikon kepada kekuatan pemimpin serta negara Islam.

Menjadi penyelamat kepada mereka-mereka yang sengsara di bumi sendiri dan seorang pemimpin terbaik yang pernah mengepalai dan membawa negara Malaysia ke tahap sekarang.

Walaupun ada ketikanya pendapat Tun tidak disenangi oleh sesetengah pihak namun begitulah karektor bekas Perdana Menteri Malaysia ini yang tidak jemu untuk terus melontarkan idea demi melihat anak bangsa terus terpelihara.

Terbaru dalam kenyataannya beliau menyebut bahawa ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Tun Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu (pada pilihan raya umum) kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam entri terbaru bertajuk "Asabiah" yang disiar dalam blognya, beliau berkata demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.


"Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat.

Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

"Kemenangan Pas di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalahguna agama untuk politik duniawi," kata Tun Mahathir dalam artikelnya.

Jika diamati kenyataan Tun Mahathir,beliau sebenarnya mahu melihat sebuah masyarakat yang mampu menggunakan akal dan fikiran dengan baik.Ianya penting supaya kita dapat menilai sesuatu perkara sebelum membuat satu-satu keputusan.

Bukannya membuta tuli memberikan sokongan kerana akhirnya mereka-mereka itu bakal berdepan dengan apa yang kita gelarkan buta hati.

MMI ucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Mahathir di atas segala jasa beliau selama ini memastikan MMI dan seluruh rakyat Malaysia mewarisi legasi terbaik untuk anak bangsa seterusnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels