Followers

Thursday, 19 July 2012

PANAS !! Auto-City Kini Syurga Arak & Hiburan


Auto-City merupakan pusat komersial yang cukup strategik terletak diantara laluan pengguna lebuhraya utara-selatan berhampiran tol dan hentian Juru.Sememangnya Auto-City menjadi pilihan ramai anak muda untuk singgah lebih-lebih lagi di waktu malam.

Disini juga terletaknya pelbagai kemudahan termasuklah bank,restoran,hotel,pusat servis kereta, kilang termasuklah pusat hiburan dan lain-lainnya.

Suasana malam di Auto-City mampu membuatkan sesiapa saja yang baru menjejakkan kaki ke sini akan berasa sedikit teruja dengan keindahan lampu-lampu neonnya yang berbagai warna.Malah boleh dikatakan ianya turut menjadi pilihan anak muda untuk melepak sambil makan dan berbual.

Namun sesuatu yang mungkin tak ramai dikalangan kita sedar adalah Auto-City hari ini merupakan sebuah pusat komersial yang sudah hilang identiti asalnya.

MMI bukan nak buka cerita sejarah tetapi dalam keadaan tanpa sedar Auto-City kini sudah mendapat nama baru dengan terbinanya apa yang MMI labelkan sebagai tugu Auto-City yang cukup jelas seolah-olah melambangkan Auto-City ini syurga arak.



Pertama kali MMI melihat benda alah ini terdetik di hati apakah mereka yang membinanya tidak langsung memikirkan sensitiviti masyarakat yang keluar masuk saban hari ke Auto-City.

Bayangkanlah bagi mereka yang peka dengan keadaan seperti ini sudah tentunya merasa kurang selesa apabila tidak jauh dari tugu ini terletaknya sebuah restoran nasi kandar ?

MMI bukannya kolot sangat tapi dalam sebuah negeri yang kononnya ditadbir oleh khalifah umar abdul aziz patutkah tugu atau benda alah menyerupai tong beer ini didirikan malah diletakkan betul-betul dipersimpangan lampu isyarat untuk masuk ke Auto-City ?


Apakah maknanya kalau bukan mengistiharkan Auto-City sebagai syurga hiburan dan arak !!!

Apakah khalifah Guan Eng tidak tahu atau dengan sengaja mahu menyentuh sensitiviti masyarakat beragama Islam ?

Paling yang MMI mahu tahu dimana suara Mansor Othman,Malik Kassim dan pencacai-pencacai Pas yang hebat sangat bercakap lebih-lebih lagi bab agama ni ?

Benda semacam ini pun tak mau bersuara , lepas tu cakap soal mempertahankan agama.

Mana pemuda-pemuda Pas yang kuat sangat bertakbir dan sujud kaki Guan Eng selama ini ? 



Apa bezanya kedua-dua gambar tersebut ? Yang pasti kehadiran replika berupa tong beer tersebut mengundang rasa kurang senang masyarakat khususnya yang beragama Islam.Ianya cukup jelas mempersendakan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Sikap biadap dan kurang ajar ini tidak boleh dibiarkan.MMI nak tengok apa tindakan juak-juak Pas selepas ini adakah mereka berani bersuara kepada Guan Eng supaya turunkan replika tersebut atau hanya menjadi pencacai penjilat kaki DAPigs.

MMI harap Majlis Agama Islam beri perhatian kepada perkara-perkara sebegini jangan hanya duduk di pejabat.Ambil tindakan supaya imej Islam sebagai agama rasmi persekutuan tidak dipermainkan.

Biadap dan memalukan sebagai sebuah kerajaan negeri yang kononnya berjiwa rakyat malah mengamalkan dasar Cekap,Akauntiliti dan Telus dalam pentadbirannya dan di sokong pula oleh juak-juak yang mendabik dada kononnya pejuang Islam sejati malah menganugerahkan pula gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada Guan Eng tetapi dalam soal ini semuanya buta dan tuli.

Memang patutlah MMI labelkan puak-puak ni sebagai HAPRAK !!

Psstt Lepas ni bolehlah juak-juak Pas buat replika yang sama didepan jalan masuk markas masing2.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels