Bila sebut puasa sudah semestinya kita akan terbayang hari raya.Bila sebut hari raya maka pasti perkara paling utama yang menjadi tumpuan adalah kuih raya.
Malah kuih raya kini sudah di tranformasikan kerana ianya bukan saja dilihat sebagai hidangan wajib pada hari raya tetapi kini sudah menjadi satu bentuk perniagaan yang mampu mendatangkan pendapatan yang cukup lumayan jika kena dengan caranya.
Kali ini MMI nak bercerita sikit berkenaan kuih raya khususnya kepada mereka-mereka atau kakak-kakak yang mengambil tempahan untuk menyediakan kuih raya tahun ni.
Sudah pastinya apabila banyak tempahan maka urusan penyediaannya akan mengambil masa yang panjang bahkan ada dikalangan kita yang sanggup tak tidur malam semata-mata mahu menyiapkan tempahan dari pelanggan.
Apatah lagi kepada mereka-mereka yang baru menceburkan diri dalam perniagaan ini sudah pastinya menghadapi kekangan masa kerana masalah utama adalah oven untuk memasak kuih raya.
Tapi kini jangan risau lagi , MMI sudah pun menemui satu cara terbaik untuk mengatasi permasalahan kakak-kakak di rumah kerana cara dan teknik ini bukan saja dapat membantu production bergerak dengan cepat malah dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik seterusnya bakal menambahkan keuntungan kakak-kakak semua.
Tak percaya ? Jom kita tengok..
Haa pastikan kereta anda di letakkan di bawah sinaran matahari dengan seluruh tingkap berkunci pastinya ia mampu menjadi sebahagian daripada oven kakak-kakak semua dalam menyediakan kuih raya.
Percaya atau tidak kehangatan yang dihasilkan oleh sinaran cahaya matahari mampu merubah sebuah kereta menjadi seperti oven.Oleh itu selain daripada anda menyediakan kuih raya boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk memasak makanan untuk berbuka sekali.
Amacam ? Bila nak cuba ?
Hehehe..
MMI.
No comments:
Post a Comment