Followers

Monday, 9 July 2012

Siapa Yang Pusing Keliling ???


Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai bangsa sebagai rakyatnya.Jika dikira dalam soal politik negara juga kita sebagai rakyat seharusnya bersyukur kerana kepimpinan yang sedang membela rakyat bukanlah calang-calang orang.

Mereka-mereka ini terdiri daripada orang yang mempunyai kemampuan dari segala segi bahkan cukup berpengalaman.

Kalau dilihat kemampuan mereka bolehlah diandaikan daripada yang hebat bekerja untuk rakyat sehinggalah mereka-mereka yang hebat mengauta rakyat.

Siapa yang hebat sangat auta rakyat tu ? Hehe siapa lagi kalau bukan bang Nuar..Siap pusing keliling lagi.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan lebih lima ribu pemimpin muda Malaysia di UiTM Shah Alam pagi Sabtu yang lalu dengan dana sinis berkata, orang muda perlu diberi kemahiran berfikir secara mendalam supaya tidak menerima bulat-bulat apa yang disiarkan dalam media sosial.

"Kita tidak mahu pemimpin yang pandai berlakon. Kita tak mahu pemimpin yang pandai dengan muka-muka cakap 'oratory skill' (kebolehan berpidato) tapi tidak ada kebenaran.

"Kita tak mahu pemimpin menyerang pemimpin lain tapi bila sampai diri sendiri tidak berani bersumpah kononnya konspirasi politik, segala-galanya konspirasi politik tapi tak sanggup mempertahankan diri sendiri dengan fakta,"katanya.

Umum tahu pemimpin yang tidak berani bersumpah dan mempertahankan diri secara fakta tersebut ditujukan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar hanya 'pusing keliling' burukkan pemimpin, kerajaan dan negara tetapi beliau sendiri berdepan dengan berbagai tuduhan yang hingga ke hari ini tidak mampu dijawab secara fakta.

Ambil contoh kes video seks, kes 'lelaki Y'' kes burukkan batik Malaysia di Indonesia dan macam-macam lagi.

Sebab itu kata PM, generasi muda patut menilai pencapaian kerajaan dari semua sudut dan bukannya berdasarkan persepsi dan retorik politik.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam agar tahu membezakan persepsi yang sengaja dilontarkan oleh pihak tertentu, terutamanya menerusi internet dan media sosial yang tidak berasaskan kebenaran.

"Inilah generasi yang patut boleh menilai ini semua... bukan soal persepsi. Jangan fikirkan semata-mata kita ni kerajaan, kita tak betul.

"Kalau kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang tidak betul, Malaysia tidak akan membangun seperti hari ini dan Insya-ALLAH dalam beberapa tahun lagi, Malaysia akan mencapai status negara maju," kata Najib.

Najib berucap merasmikan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia anjuran Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia (PPM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dan UiTM Shah Alam.


Najib berkata tidak semua negara mempunyai perancangan terperinci seperti yang dilakukan Malaysia untuk mencapai status negara maju kerana kerajaan berkemampuan untuk memimpin negara dalam melakukan  transformasi yang besar.

Hakikatnya, kata Perdana Menteri, Malaysia bukanlah kisah sebuah negara yang gagal dan kalau disingkap kembali detik perjalanan Malaysia yang dipimpin oleh kerajaan sekarang selama 55 tahun, banyak kejayaan yang telahpun dilakar sehingga negara ini boleh ditakrifkan sebagai kisah sebuah negara yang berjaya.

Beliau berkata,kebanyakan orang muda mengutamakan apa yang terjadi hari ini dan masa akan datang tetapi hakikatnya jika mereka tiada perspektif sejarah, maka mereka akan kehilangan punca kerana tidak mengetahui dari mana mereka datang atau asal-usul masing-masing.

Justeru, kata beliau, ada generasi muda yang tidak tahu jerih payah dan kesusahan serta pengorbanan pemimpin terdahulu untuk mewariskan kepada mereka sebuah negara yang jauh lebih baik.


"Sebab itulah sebagai generasi muda, kita tidak boleh merupakan generasi yang buta sejarah dan kita tidak boleh merupakan generasi yang tidak menghargai perjuangan generasi terdahulu daripada kita," katanya.

Perdana Menteri berkata, generasi muda yang mempunyai perspektif sejarah adalah generasi yang tahu mengenang budi dan bukannya hanya hidup dalam kenangan sejarah, sebaliknya memiliki lebih iltizam dan lebih bertekad untuk membawa negara ke tahap yang jauh lebih tinggi.

"Inilah namanya generasi muda yang kita boleh meletakkan harapan. Ini namanya kita sebagai generasi muda mempunyai kemampuan untuk menyumbang, untuk berfikir yang disebut tadi secara kritis, secara inovatif, secara  kreatif," katanya.

Sebagai pemimpin, Najib berkata menyediakan peluang pendidikan untuk generasi muda memiliki kelulusan akademik sahaja tidak memadai kerana mereka perlu diberi persediaan menghadapi cabaran abad ke-21, antaranya  serangan ke atas pemimpin yang kini bertukar dalam bentuk media sosial daripada surat layang pada masa dahulu.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) menekankan keperluan membuat perubahan besar yang sebenar daripada semata-mata retorik politik.

Perubahan sebenar juga tidak akan berlaku menerusi demonstrasi jalanan yang tidak menentu dengan sesetengah pesertanya melonjak-lonjak umpama kera kena belacan dan menendang anggota polis yang terbaring,  katanya.


Demonstrasi jalanan bukan memantapkan demokrasi, sebaliknya Najib menyifatkannya sebagai 'democrazy' kerana menimbulkan huru-hara yang tidak menguntungkan dan merosakkan Malaysia.

"Huru-hara dalam negara kita tidak menguntungkan sesiapa tapi kalau tak bersetuju suarakan dengan cara baik dan bersopan," katanya.

Najib berkata rakyat Malaysia, termasuk generasi muda, perlu melakukan yang terbaik untuk negara dan pada masa yang sama, kerajaan menyalurkan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan beberapa lagi program anak muda yang akan diumumkan nanti.

"Ada cadangan tak lama lagi saya akan lancarkan kedai buku 1Malaysia jual buku lebih murah daripada kedai lain untuk generasi muda supaya dia rajin membaca.

Lepas tu kita nak buat kedai kain 1Malaysia lagi murah," kata beliau.

Pada minggu hadapan pula, kerajaan akan memperkenalkan program anak muda yang berasaskan semangat kesukarelawan dipanggil IMOU di Kuala lumpur City Centre bagi menjuruskan anak muda kepada kegiatan  membantu proses pembinaan dan transformasi negara, katanya.

Najib berkata golongan muda yang menghadapi masalah seperti Mat Rempit tidak dipinggirkan apabila kerajaan turut melaksanakan program pemulihan golongan ini dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah naungan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau menggesa golongan muda supaya mencari kemahiran dan turut mengambil maklum bahawa ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan RM3,000 sebulan dengan menjual kek cawan.

"Cup cakes (kek cawan) bukan susah sangat, saya boleh buat tapi tak ada masa dah jadi Perdana Menteri," katanya.

Pada majlis itu, Najib berkata beliau akan membantu PPM turun ke negeri sebagai rakan kongsi kerajaan untuk menjayakan program transformasi negara, terutamanya bagi golongan muda.

Konvensyen sehari itu mengumpulkan 5,000 generasi muda berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun daripada 22 latar belakang kerjaya termasuk doktor, peguam, polis hingga ke pemandu teksi muda bagi memikirkan serta mengemukakan cadangan daripada profesion masing-masing untuk perhatian kerajaan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels