Followers

Saturday, 21 July 2012

Tindakan "Double Standard" MPPP Terhadap Peniaga Melayu Berulang !!


Peniaga bazar Ramadan Jalan Penang di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon. 

Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali, berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga Bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka kerana tempat baru yang ditawarkan itu bukan tumpuan orang ramai. "Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak. 

"Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, peniaga Bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata, alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.Klik Sini

Beginilah yang selalu berlaku terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang.Segala-galanya cuba di sekat bahkan kalau bolehlah MMI rasakan DAPigs semahunya mahu membuat pengumuman supaya semua orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.

Sekali lagi MMI nak tanya orang-orang melayu yang di lantik menjadi Ahli Majlis MPPP dan mereka yang mempunyai jawatan buat apa ?

Pengkianat bangsa !! 

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels