Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini.
Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.
Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia.
Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan, kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA
Sedih melihat apa yang berlaku di Syria hari ini.Mungkin inilah balasannya apabila rakyat tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan.Mengikut kata hati tanpa memikirkan nasib anak bangsa dan negara akhirnya membawa musibah kepada bangsa dan negara sendiri.
Apakah kita mahu apa yang berlaku di Syria menular dan berlaku pula di Malaysia ?
Inilah sebenarnya yang di mahukan oleh Anwar Ibrahim dan para juaknya.Biar negara huru hara,biar negara kelam kabut asalkan matlamat untuk menggengam kuasa dan memiliki Putrajaya tercapai.
MMI sudah pastinya tidak akan merelakan perkara sebegini daripada berlaku.Hampir pasti setiap tindakan yang tidak bertamadun akan di tentang habis-habisan.
Percaya bahawa rakyat Malaysia cintakan keamanan.Percaya bahawa rakyat Malaysia bijak memilih maka MMI yakin mereka yang sedang cuba untuk memusnahkan negara dengan tindakan yang tidak bertamadun sudah pastinya akan di tolak.
Seharusnya kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan sebuah negara yang cukup stabil.Dihindarkan dari mala petaka alam seperti gunung berapi dan gempa bumi.Malah buminya yang subur cukup untuk memastikan rakyatnya dapat terus menjalani kehidupan dengan sempurna.
Paling MMI bersyukur kerana Allah SWT selama ini telah mengurniakan sebuah kerajaan yang mampu mentadbir rakyatnya dengan baik dan membawa negara sehingga ke tahap hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan kelemahan itu datangya dari diri kita sendiri maka oleh sebab itulah ayuh kita sama-sama perkuatkan UMNO dan Barisan Nasional supaya setiap kelemahan dapat di perbaiki seterusnya menyediakan sebuah negara yang terbaik kepada pewaris selepas kita.Insyaallah.
MMI.
No comments:
Post a Comment