Selama 4 hari berada di bumi Terengganu banyak pengalaman yang telah di tempuh.Pasti ramai yang mengetahui MMI bersama jentera GPMS Pulau Pinang hadir ke UMT Terengganu bagi sama-sama menghadiri Persidangan Agung GPMS Kali Ke 58.Kebetulan pula dalam persidangan kali ini melibatkan pemilihan di peringkat pimpinan GPMS kebangsaan.
Maka lebih menariklah suasana persidangan dengan mereka-mereka yang menawarkan diri untuk menjadi calon berkempen dengan cara dan strategi masing-masing.
Paling menarik disaat inilah mereka-mereka yang dulunya tidak mesra menjadi mesra.
Disaat inilah juga mereka yang dulunya tidak bertegur dengan ahli-ahli GPMS di peringkat bawahan bertukar menjadi kawan.
Dikala inilah juga mereka-mereka yang ada ketikanya begitu sombong berubah wajah menjadi begitu "humble".
Semuanya sudah pasti kerana mahukan undi daripada perwakilan untuk mengisi jawatan-jawatan yang di pertandingkan.
MMI bukan mahu mengkritik malah jauh sekali menidakkan keupayaan mereka-mereka yang bertanding.Cumanya apa yang bakal berlaku selepas ini adalah persoalan yang lebih MMI berikan tumpuan.
Apakah setelah selesai pemilihan maka mereka yang menang akan terus melupakan mereka yang diajak bersembang tatkala mahukan undian ?
Apakah mereka yang menang masih mampu mengingati wajah-wajah mereka yang diajak bersembang ?
Apakah setelah menang mereka masih mampu ingat wajah mereka yang dipeluk sebegitu erat tanda kasih dan kekeluargaan dalam GPMS ?
Inilah politik ! Namun politik ini perlu kerana pertubuhan sebesar GPMS memerlukan proses yang telus dalam mengangkat pemimpin dari kalangan yang terbaik.
Dasar perjuangan GPMS yang digerakkan semenjak tahun 1948 diteruskan dari generasi ke generasi.Malah tidak keterlaluan jika MMI katakan inilah sebenarnya gedung dalam melahirkan pimpinan terbaik dan ianya terbukti apabila begitu ramai yang telah menjadi pemimpin dalam mana-mana jua pentas bermula daripada GPMS.
GPMS yang ketika ini diterajui oleh Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden menunjukkan satu peningkatan yang cukup ketara dalam gerak kerja dan perjuangan mereka.Malah boleh dikatakan pendekatan dan hala tuju yang digariskan oleh Sdr Jais amat bertepatan sekali dalam konteks belia dan perjuangan GPMS.
Pujian harus diberikan kepada Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden kerana beliaulah yang memulakan apa yang MMI gelarkan sebagai "The Wall" kerana ianya merupakan satu pendekatan paling penting kepada mana-mana pimpinan untuk memastikan ahli-ahli diperingkat bawahan merasa selesa dan lebih dekat dengan kepimpinan seperti Sdr Jais.
"The Wall" yang MMI maksudkan adalah satu tembok halangan yang wujud sesama kita hanya kerana berbeza pangkat dan darjat yang sentiasa berlaku dalam mana-mana pergerakan lebih-lebih lagi pergerakan seperti GPMS.Ianya turut mengundang kepada satu persepsi yang tidak baik kepada mereka-mereka yang mengisi kerusi kepimpinan.
Maka kerana itulah "The Wall" perlu dibolosi dan ianya merupakan satu kerja yang cukup mudah tetapi amat perit untuk dilakukan.Mudah dilakukan kerana ianya hanya diantara ahli-ahli GPMS tetapi perit untuk dilaksanakan kerana ianya melibatkan mereka-mereka diperingkat akar umbi yang sebenarnya sentiasa memerhatikan kita.
Sdr Jais sudah membuktikannya dan beliau hari ini dilihat sebagai seorang Presiden GPMS yang cukup mesra dengan setiap ahli-ahlinya waima mereka hanya ahli biasa diperingkat akar umbi.Inilah yang membuatkan Sdr Jais disenangi oleh kebanyakkan ahli-ahli GPMS baik kawan mahupun lawan.
Ditambah dengan dasar dan perjuangan GPMS kini digarap sebegitu kemas dan merupakan pemangkin kepada usaha berterusan GPMS dalam perjuangan untuk memastikan nasib anak bangsa terus dibela melalui pendidikan,MMI yakin GPMS merupakan satu-satunya pertubuhan yang mampu menggegarkan dunia dengan perjuangan mereka.Klik Sini
Sikap tegas dalam soal-soal dasar pendidikan negara,mengutuk mereka-mereka yang mempergunakan mahasiswa sebagai agen untuk kepentingan politik sempit,mempertahankan PTPTN atas dasar kelompok pelajar melayu paling ramai memerlukan pinjaman ini sudah cukup membuktikan GPMS merupakan pertubuhan paling relevan dalam soal memacu negara menjadi terbaik dengan meletakkan matlamat menghasilkan bangsa Melayu yang terpelajar.
Malah yakin dengan prinsip 4 sedar yang menjadi nadi kepada perjuangan GPMS meletakkan perjuangan ini bukanlah perjuangan main-main kerana ianya menuntut satu pengorbanan yang amat berat bagi merealisasikan impian GPMS mahu melihat semua anak bangsa berjaya atas dasar ilmu.
Kepada seluruh pimpinan GPMS,anda sudah dipilih oleh para perwakilan malah amanah dan tanggungjawab ini amat berat untuk anda tunaikan.Percayalah seluruh ahli GPMS disetiap ceruk kampung dan bandar sentiasa bersama anda selagi perjuangan ini dilandasan yang terbaik.
Berusaha dan dekatilah ahli-ahli GPMS diseluruh negara dalam masa yang sama teruskan dengan perjuangan keramat GPMS menjadikan pendidikan sebagai pentas paling penting untuk mengangkat anak bangsa ke mercu kejayaan.
Sdr Jais selaku Presiden sudah meletakkan dasar dan hala tuju perjuangan dan beliau memerlukan jentera terbaik untuk sama-sama merealisasikan apa yang kita panggil amanat GPMS.Klik Sini
Soalnya sekarang mampukah anda lakukan ?
Pssst Ada perwakilan kata selama ni tak pernah nampak pun muka-muka tu !!!
MMI.
No comments:
Post a Comment