Bermacam-macam jenis perlakuan manusia yang dapat kita lihat hari ini.Sampaikan ada yang sanggup mengetepikan soal maruah diri.Begitulah yang berlaku di Constanta Romania apabila seorang pembonceng wanita ditahan kerana menunggang secara berbogel.
Namun begitu, disana tidak ada peraturan yang boleh mendakwa wanita tersebut dengan perbuatannya berbogel sambil menunggang motosikal kecuali dengan kesalahan tidak memakai topi keledar. Oleh itu, selepas wanita itu diberikan amaran dan menerima denda, wanita itu terus melakukan perbuatan menunggang sambil berbogel itu dengan memakai topi keledar.
Pelik dan tak masuk akal namun itulah hakikatnya yang berlaku.
Isu ini sememangnya tidak relevan dengan undang-undang di Malaysia yang tidak membenarkan sesiapapun untuk berada dalam keadaan berbogel dikhalayak ramai yang mana ia boleh dikenakan tindakan undang-undang sekira pesalah itu waras.
Tetapi perbuatan wanita itu sememangnya tidak menitik beratkan perihal keselamatan yang mana ketiadaan perlindungan kepada tubuhnya mendedahkan bukan sahaja asetnya namun meningkatkan tahap kecederaan yang boleh berlaku sekiranya dia terlibat dalam kemalangan.
Kita mungkin tidak sedar perkara-perkara seperti ini sudah pun menjalar ke bumi Malaysia cumanya mungkin keadaan dan suasananya yang berbeza.
Pasti semua masih ingat bagaimana kes Rafizi Ramli yang begitu disanjung oleh juak-juak Pakatan Haprak apabila kononnya berjaya mendedahkan penyelewengan yang berlaku terhadap NFC tempoh hari.
Mungkin sebahagian besar kita terlupa bahawa Rafizi Ramli dan mereka yang terlibat dalam membocorkan maklumat pelanggan khususnya daripada sumber maklumat pelanggan sebuah bank terkemuka seperti Public Bank juga sebenarnya merupakan satu tindakan bodoh dan cukup berbahaya kerana Public Bank gagal dari segi mendidik pekerjanya untuk faham bahawa mereka terikat dengan akta BAFIA.
Public Bank mungkin lupa bahawa tindakan salah seorang pekerjanya walaupun telah diberhentikan sebenarnya telah menelanjangkan Public Bank sebagai sebuah institusi kewangan yang longgar dari aspek keselamatan khususnya maklumat pelanggan.
MMI amat tertarik dengan entri terbaru daripada PapaGomo yang menyentuh berkenaan isu ini.
Public Bank sebuah Bank yang boleh Gomo anggap merupakan bank yang sangat berjaya waktu ini didalam Malaysia. Kejayan yang diraih Public Bank bukan sedikit malah sudah banyak anugerah yang mereka raih hasil dari sokongan pelanggannya yang begitu setia dengan kecekapan dan kebertanggungjawapan Public Bank.
Tetapi itu semua tidak kekal lama malah menjadi keistimewaan pula kepada Public Bank untuk besar kepala sampaikan maklumat pelanggan didedahkan kepada pihak luar sepertimana yang berlaku waktu ini.
Umum mengetahui kes Rafizi Ramli dari PKR yang bersubahat dengan pekerja Public Bank dalam mendedahkan maklumat pelanggan mereka Dato Seri Salleh adalah satu tindakan KORUP yang kita mungkin terlepas pandang. Isu ini sebenarnya besar dalam mendatangkan ketakutan kepada para pelanggan Bank bahawa bank amat mudah memberikan maklumat pelanggan mereka walaupun ianya adalah SULIT.
Benar pekerja yang bersubahat dengan pihak PKR sudah pun diberhentikan dari Public Bank namun itu bukan satu alasan untuk pihak Public Bank lepas tangan dan menggangap ianya tidak berlaku. Apa jaminan Public Bank selepas ini terhadap para pelanggan mereka? Apa jaminan yang dapat diberikan bagi menjaga kerahsian penyimpan akaun mereka?
Pada Gomo Public Bank yang nama nya sudah besar semakin besar kepala. Isu BAFIA yang sepatutnya diulas oleh pihak Public Bank dibiarkan sebegitu sahaja seolah olah ianya adalah satu kes yang terpencil berlaku.
Kita harus ingat apabila maklumat pelanggan bank mudah dibolosi sehingga diperolehi pihak ketiga maka adalah tidak mustahil wang didalam simpanan kita juga boleh LESAP begitu sahaja. Malah anda juga mungkin pernah dengar mengenai insiden dimana wang pelanggan bank secara tiba tiba hilang dan ini semua adalah kerana bank tersebut yang memberikan maklumat peribadi akaun kepada pihak luar iaitu penjenayah sepertimana yang Rafizi Ramli PKR perolehi.Klik Sini
Seperti yang MMI sebutkan tadi bermacam-macam jenis perlakuan manusia hari ini sampaikan ada yang sanggup mengenepikan soal maruah diri.Itulah yang terjadi terhadap wanita yang berbogel di atas dan kes NFC melibatkan Rafizi Ramli serta Public Bank.
Cumanya mungkin wanita yang berbogel itu hanya melibatkan dirinya atau mungkin seorang dua kenalan tetapi Public Bank secara jelas telah meletakkan maruah sebagai sebuah institusi kewangan terunggul di Malaysia tercalar malah dengan mudah hanya di bogelkan oleh seorang pekerja.
Apakah Public Bank masih boleh dipercayai ?
MMI.
umnodan sex tidak dapat di pisah kan
ReplyDeletePublic bank tu sapa punyer dan.....siapa pemegang saham terbesarnya?..sendiri ingat lah...NFC...sapa punyer..
ReplyDelete