Followers

Friday, 10 August 2012

Huh semua Tu Politik !!!!


Melihat kepada respon pemimpin pembangkang terhadap penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu pembayaran tunai daripada hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur cukup mengujakan.Teruja bukan kerana mereka memberikan sokongan tetapi kerana tanggapan mereka bahawa tindakan tersebut merupakan helah politik. 

Juak-juak pembangkang ni semenjak dua menjak ni dah lain benar caranya.Hari ini mereka di lihat hanya tahu membangkang saja.Malah kadang kalanya bangkangan mereka itu dah tak semacam orang sebab segala-galanya akan dibangkang.

Bagi MMI tindakan terbaru khususnya oleh pimpinan pembangkang di Kelantan yang menganggap penubuhan jawatankuasa khas itu sebagai dolak dalik mahupun helah politik adalah perkara biasa.Jika melihat kepada isunya pemimpin pembangkang di Kelantan sebenarnya tahu bahawa mereka sebenarnya tiada hak untuk membuat tuntutan tersebut.

Paling mudah bimbang dan cemas takut dengan apa yang selama ini dicanang bakal diketahui umum semuanya hanyalah satu pembohongan. 

Sebab itulah keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur di anggap satu usaha untuk berdolak-dalik atau helah politik.

Sebaliknya, tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, usaha tersebut adalah untuk menyelesaikan semua kontroversi berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji segala isu yang dibangkitkan bukan sahaja oleh Kelantan tetapi juga Terengganu dan Pahang.

Katanya, terdapat banyak kekeliruan timbul dalam perkara tersebut, misalnya, dakwaan Kelantan bahawa ada hasil petroleum sepatutnya dibayar kepada mereka tetapi diberi kepada Terengganu berdasarkan tafsiran sempadan laut antara negeri.

"Oleh kerana masih ada banyak kekeliruan, Jawatankuasa Khas ini adalah forum terbaik supaya isu ini dapat diselesaikan dengan telus, adil dan saksama. Jawatankuasa akan tentukan berapa yang perlu dibayar kepada Kelantan," katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook beliau hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, jawatankuasa itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar-pakar undang-undang dari dalam dan luar negara mempunyai kewibawaan dan bersifat neutral, tanpa memihak kepada sesiapa sama ada Kerajaan Pusat ataupun negeri.

"Jawatankuasa Khas turut dianggotai wakil setiap negeri Pantai Timur yang diperkenankan oleh sultan masing-masing. Oleh kerana Kelantan juga ada wakil, maka tidak benar penubuhan jawatankuasa ini helah politik," katanya.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan syor yang sesuai kepada Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, usaha kerajaan itu dipandang negatif oleh pemimpin pembangkang termasuk di Kelantan dengan menyifatkan penubuhan jawatankuasa tersebut bermotifkan politik.

Apa pun MMI mengucapkan syabas kepada YAB PM kerana menubuhkan jawatankuasa ini ianya sejajar dengan dasar dan program tranformasi kerajaan hari ini yang mahukan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Soal sama ada Kelantan layak atau tidak kita serahkan kepada jawatankuasa yang dilantik dan sebarang keputusan nanti , MMI yakin ianya untuk kebaikan seluruh rakyat.

Kepada semua jangan risau kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa menepati janjinya.

Ada pihak diluar sana yang bertanya mengapa baru sekarang ? Jawapannya mudah kerana kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendengar keluhan rakyat dan sentiasa menggunakan saluran yang terbaik bagi menyelesaikan sebarang masalah.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels