Hah tu dia ! Semakin kita dekat dengan hari raya maka makin dekatlah kita dengan pasaraya-pasaraya yang kini sudah pun memulakan promosi harga runtuh mereka.Pelbagai slogan mahupun kata-kata bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah pun di rentangkan mengalahkan musim pilihan raya.
Begitulah saban tahun suasana yang berlaku di Malaysia dan selalunya musim Hari Raya Aidilfitri lah yang lebih hebat kerana bukan saja orang Melayu yang keluar berbelanja malah bangsa-bangsa lain juga turut mengambil kesempatan di atas promosi dan harga murah yang di tawarkan.
MMI kali ini mahu berkongsi sedikit pengalaman dengan semua berkenaan shopping raya ni.Seperti kebiasaan MMI akan keluar membeli pakaian baru khususnya kepada anak-anak sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri dan ianya menjadi aktiviti wajib kepada semua orang yang bakal menyambut hari raya.
Namun belajar dari pengalaman sebelumnya maka pada tahun ini MMI memilih untuk keluar shopping awal dan bukannya pada hari cuti.Untuk makluman sebelum ini MMI sering mengalami stress yang teruk apabila terpaksa berdepan dengan kekalutan dan kebanjiran lautan manusia sewaktu membeli belah bersama keluarga sempena hari raya.
Tapi pada tahun ini tidak lagi , dengan perancangan yang rapi maka MMI dan keluarga dapat membeli belah dalam keadaan serta suasana yang cukup tenang.
MMI bawakan rakaman yang di buat sewaktu membeli belah bersama keluarga baru-baru ini.
Suasana tenang di tambah dengan alunan lagu raya yang dipasang membuatkan MMI bersama keluarga ceria dalam memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak.Pastinya anda juga mahukan suasana yang sebegini bukan ? Kalau ya maka rancanglah dengan baik aktiviti membeli belah anda.
Perkara paling baik apabila kita merancang aktiviti membeli belah adalah selain dari suasana tenang kita dapat pastikan juga anak-anak sentiasa ada dengan kita.Jangan lupa ada kes dimana anak-anak hilang sewaktu kita leka memilih pakaian mereka !! Sebagai Ibu dan Bapa semestinya kita bimbang keselamatan mereka.
Lihat gambar di atas , MMI ambil beberapa hari yang lalu pada hari cuti di salah satu pasaraya di Pulau Pinang dan anda lihatlah bagaimana panjangnya barisan mereka-mereka yang mahu membuat pembayaran.Bukan itu saja melihat kepada gambar kedua saja sudah pasti anda dapat mengagak kenapa pelanggan terpaksa beratur panjang.
Gambar ketiga memperlihatkan dengan jelas sekali bagaimana pelanggan sendiri sudah boleh masuk ke ruang kaunter untuk mempercepatkan proses pembayaran.Apa yang MMI boleh katakan juruwang yang bertugas di kaunter tersebut tidak mampu untuk menguruskan semuanya kerana jumlah pelanggan yang ramai serta banyaknya jumlah barangan yang dibeli.
Perkara paling utama ketika anda berdepan dengan situasi ini sudah tentu rasa stress yang amat sangat kerana perlu berbaris panjang.Apatah lagi kepada mereka yang membeli dengan jumah yang kecil rasanya tidak berbaloi untuk berbaris panjang yang kadang kalanya mencecah sehingga ke 45 minit namun apa boleh buat keperluan harus dipenuhi.
Ok cukup setakat itu..
Mungkin ada yang hairan agaknya mengapa blog MMI kali ini menceritakan perihal shopping raya ? Mungkin bagi sesetengah kita hanya mampu melihat sesuatu itu dari sudut lahiriah namun jika anda semua amati betul-betul ianya menceritakan kepada kita bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mampu berbelanja dan kemampuan itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia selama ini berada dalam keadaan yang baik dan terurus.
Inilah sebenarnya bukti kerajaan Barisan Nasional selama ini sudah pun menyediakan pentas terbaik kepada rakyatnya.Kesan daripada dasar-dasar ekonomi dan program tranformasi yang digerakkan oleh kerajaan sebenarnya membawa pulangan yang bukan saja menguntungkan kerajaan malah menguntungkan rakyat.
MMI akui bahawa masih terdapat mereka-mereka di luar sana yang kurang kemampuannya seperti mana orang lain namun nasib mereka tidak pernah di abaikan oleh kerajaan dan setiap pimpinan di kawasan.Lihat saja segala bentuk bantuan yang diberikan khususnya kepada fakir miskin saban tahun apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Usaha kerajaan yang berterusan dalam membasmi kemiskinan sentiasa digerakkan dari masa kesemasa dan MMI yakin berkat usaha kita seluruh rakyat Malaysia dan berkat bumi bertuah ini Malaysia dan rakyatnya mampu untuk terus meraih kejayaan.
Kerana kejayaan pastinya membawa kebahagian.
Psstt Kita yang nak raya depa pula yang lebih-lebih sebab tu ramai !!
MMI.
No comments:
Post a Comment