Followers

Friday, 19 June 2015

Usaha ROBOHKAN Struktur Tulisan UMNO Satu Tindakan MELAMPAU DAP !! @dzainalabidin @RRAFIZAL


Berlaku kekecohan siang tadi di Menara UMNO Pulau Pinang apabila pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hadir untuk merobohkan struktur tulisan UMNO yang didirikan dihadapan jalan masuk ke bangunan tersebut.

Menurut beberapa saksi yang berada di tempat kejadian , tidak ada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak MBPP sebelum itu sehinggalah kedatangan para pegawai terbabit dan berlaku pertikaian apabila struktur tulisan itu dikatakan mengganggu lalu lintas.

Malah sebahagiannya turut mempertikaikan tindakan MBPP itu memandangkan kewujudan gerai-gerai di seberang jalan dan di sekitar kawasan terbabit yang jelas mengganggu lalu lintas tidak diambil tindakan.


Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saudara Rafizal Abdul Rahim tampil mengutuk tindakan kerajaan DAP di Pulau Pinang yang mempergunakan MBPP dalam insiden yang berlaku hari ini.

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERHUBUNG TINDAKAN MPPP MEROBOHKAN STRUKTUR TULISAN UMNO DI IBU PEJABAT UMNO NEGERI

Satu lagi tindakan kurang ajar dan biadab Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guang Eng yang mempergunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang tadi.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan ini dan sengaja 'mencari pasal 'di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tanpa sebarang makluman malah perbincangan dengan pihak pengurusan UMNO Pulau Pinang struktur tersebut terus dirobohkan. Pembinaan struktur tersebut sebenarnya terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn Bhd. Apa salahnya sebelum tindakan diambil berbincanglah terlebih dahulu dengan pihak pengurusan UMNO.

Saya sendiri berada di lokasi kejadian, melihat dan berunding tetapi kesimpulannya,  betapa zalimnya Ketua Menteri Pulau Pinang memperkudakan Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tersebut dan sememangnya beliau takut pada bayang-bayang sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini ingin mengingatkan Lim Guang Eng agar jangan terlalu kerap bermain dengan api. Cubaan merobohkan struktur tulisan ayat keramat 'UMNO' di Ibu Pejabat UMNO Negeri seperti mencabar kami ahli-ahli UMNO. Kami bimbang kemarahan ahli UMNO akan sampai kemuncaknya.

Salam hormat dari saya

RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan 
Pemuda UMNO Pulau Pinang

Video kekecohan semasa Insiden perobohan papantanda UMNO di Menara UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister sebentar...
Posted by Penang Kini on Friday, June 19, 2015

9 comments:

  1. UMNO PENANG PONDAN..CKP JE LEBIH..NAK DEKAT PRU BARU TUNJUK HERO.

    ReplyDelete
  2. LGE isytihar perangi Melayu ke ?

    ReplyDelete
  3. DAP memang keparat.

    ReplyDelete
  4. minta tolong AH JIB GOR atau CHEGU BARD..UMNO penang LEMAH sbb tu DAP kaki2kan..sudah la lemag bacul mcm ketuanya

    ilovebaculPM

    ReplyDelete
  5. Apa nak kecoh, UMNO sekarang bukan UMNO yang dulu.

    ReplyDelete
  6. HAHAHA..MCM MANA BLOGGER HEBAT MCM KAU BARU TAU ZURIAT UMNO SKANG NI PONDAN!!SBBKAN UMNO BACUL,LEMBIK N BODOH..ELOK MINTA TOLONG PADA CHEGU BARD ATAU PM CINA MALAYSIA AH JIB GOR SLOW TALK DGN DAP..

    IloveBaculUMNO

    ReplyDelete
  7. Sampai bila kita nak sabar.....

    ReplyDelete
  8. Padan muka. Undi lagi DAP

    ReplyDelete
  9. UMNO buat laporan polislah kerana ini merosak harta benda. Atau saman DAP tu kaw2. Nampak sangat rasisnya DAP ni.

    ReplyDelete

Labels