Followers

Tuesday, 14 August 2012

Gelandangan Di Dekati - Kerja Siapa Lagi Kalau Bukan UMNO dan BN !!




Program Outreach Gelandangan yang merupakan program turun padang bertemu masyarakat gelandangan di sekitar Chow Kit & Jalan Tunku Abdul Rahman telah di jalankan semalam.

Program kendalian Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Majlis Pemuda Kawasan Putrajaya, Yayasan Salam dan di sokong oleh Agensi Dadah Kebangsaan ini dilihat cukup berjaya apatah lagi dalam suasana masyarakat Islam bakal menyambut kedatangan Aidilfitri sudah semestinya mereka yang hidup gelandangan juga turut mahu berkongsi sedikit kegembiraan seperti mana masyarakat lainnya.

Program mendekati masyarakat gelandangan ini sudah pun memasuki tahun kedua dan MMI mengharapkan agar ianya diteruskan dan disokong oleh semua pihak.

Tahniah kepada SHEB,Majlis Pemuda Kawasan Putrajaya,Yayasan Salam,AADK dan semua yang terlibat , usaha anda membuktikan bahawa kita tidak pernah meminggirkan sesiapa malah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Inilah antara kerja buat daripada UMNO dan NGO yang sebenarnya bekerja dengan penuh keikhlasan untuk membantu rakyat khususnya mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Kadang-kadang terfikir juga sampai macam ni sekali UMNO bekerja tu pun masih dikatakan tak jaga kebajikan rakyat.MMI nak tahu juga apa yang puak-puak Pakatan Haprak buat selain dari bercakap ?

MMI.   

No comments:

Post a Comment

Labels