Dalam keriuhan rakyat Malaysia pulang ke kampung dan segala persediaan bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri , negara di gemparkan dengan satu kejadian aneh.Kejadian aneh yang tidak pernah dilihat berlaku semenjak tahun 1999 sehinggalah sekarang akhirnya berlaku.
Apakah ini merupakan petanda-petanda tertentu yang sering dibincangkan khususnya di laman-laman media maya ? MMI juga sebenarnya turut terkejut apabila mendapat berita tersebut apatah lagi disertakan dengan bukti sekali.Apakah ianya benar atau sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja cuba untuk mewujudkan rasa panik sesetengah pihak ?
Semuanya bermula apabila semalam dikhabarkan Anwar Ibrahim telah mengeluarkan perutusan khas dalam blog milik beliau yang turut mengandungi permohonan maaf terhadap YAB Datuk Seri Najib Tun Razak serta rasa kekesalan beliau dengan apa yang berlaku sebelum ini.
"saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya."
"Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain."
"Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka."
Memang aneh kejadian ini dan ianya menimbulkan konspirasi apakah ianya kerana digodam hackers ataupun sememangnya di keluarkan oleh Anwar Ibrahim sendiri ?
Mustahil untuk mengodam blog Anwar Ibrahim ? Semua blogger tahu dan faham untuk mengodam blog bukanya sesuatu yang mudah dan senang apa tah lagi blog milik Ketua Pembangkang.
Sudah semestinya Anwar dan pengendali blog beliau mengunakan aplikasi keselamatan yang terhebat untuk meningkatkan tahap keselamatan.
Jika senang dan mudah digodam sudah semestinya semua blog terhebat sudah kena benda yang serupa ????
Perutusan khas tersebut juga mungkin datangnya dari Anwar sendiri.Maklumlah dalam suasana negara bakal menyambut Hari Raya mungkin hati Anwar terbuka untuk mengaku dan memohon maaf dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini.MMI optimis kerana ianya melibatkan kuasa Allah SWT yang tiada siapa pun di dunia ini mampu menafikannya.
Rentetan daripada itu maka kepimpinan dalam Pakatan Haprak tidak bersetuju dan mahu entri tersebut di keluarkan dengan serta merta bagi menjaga reputasi Pakatan Haprak yang kini sedang dibebani dengan pelbagai masalah dalaman.
Tidak mustahil bukan ? Apa pun kita perlu berhati-hati dengan tindakan dan gerakan juak-juak Pakatan Haprak ini kerana mereka sememangnya terkenal dengan taktik mengheret,mengaitkan,menuduh,memfitnah dan segala-galanya demi perjuangan politik songsang mereka.
Apa pun kejadian yang berlaku tak sampai 20 minit itu telah mencetuskan satu konspirasi yang hanya boleh di terjemahkan oleh mereka-mereka yang terlibat.
Mustahilkah untuk Anwar Ibrahim berubah ?? Hmm aneh memang aneh !!
MMI.
No comments:
Post a Comment