Followers

Thursday, 9 August 2012

Jawapan Kepada Rakaman Lelaki Di Serang Paus Pembunuh


Pasti ramai yang teruja dengan rakaman di atas apatah lagi ianya memperlihatkan bagaimana seorang lelaki yang sedang berjalan di tepi pantai tiba-tiba di serang oleh seekor paus pembunuh.Jika melihat kepada rakaman yang dibuat pastinya lelaki yang diserang itu mati akibat serangan tersebut atau mati dimakan oleh ikan paus pembunuh.

Namun pernahkah kita terfikir sejauh mana benarnya rakaman ini ? Apakah selama ini kita pernah mendengar ikan paus pembunuh ini menyerang manusia khususnya di tepi pantai ?

Sebelum ini MMI ada bawakan entri bertajuk Sejauh Mana Benarnya Video Ini ? yang memperlihatkan rakaman lelaki tersebut di serang.

Jom kita tengok sekali lagi rakaman serangan ikan paus pembunuh ini terhadap lelaki yang dimaksudkan.



Memang benarkan serangan tersebut berlaku ? Tapi jika anda melihat dengan teliti pastinya anda akan perasan terdapat imej yang agak mengelirukan muncul di saat ketika lelaki tersebut mula di serang oleh ikan paus pembunuh tersebut.

Untuk melihat dengan lebih jelas MMI bawakan rakaman dibawah supaya anda dapat membuat perbandingan sama ada rakaman tersebut benar-benar tulen atau telah di edit.

Rakaman ini di lakukan dari sudut yang berbeza dan lihat persamaannya khususnya pada anjing laut  yang terdapat di tepi pantai.



Lihat pada minit ke 1.20 dan seterusnya anda bakal melihat rakaman yang sama dari sudut yang berbeza.Ianya membuktikan dengan jelas sekali rakaman lelaki di serang oleh paus pembunuh ini adalah palsu.

Kini terjawab sudah bahawa rakaman pertama itu telah di edit ataupun palsu.

Rumusannya adalah anda perlu tahu bahawa hari ini PERSEPSI mampu memesongkan kita untuk mempercayai setiap perkara yang dilihat mahupun didengar.

Apakah anda tidak rasa tertipu apabila menyaksikan kedua-dua rakaman tentang ikan paus pembunuh di atas ? 

Jika YA anda sudah pun memahami bahawa apa saja yang berkaitan tentang PERSEPSI cukup bahaya dan semestinya anda perlu bijak menyaring maklumat supaya anda tidak terpesong daripada maklumat yang sebenar.

Begitulah juga dalam dunia politik hari ini bagaimana politik PERSEPSI sudah menjadi bahan mainan bagi mereka-mereka yang mempunyai agenda tertentu.

Dan paling penting anda perlu bijak untuk membezakan diantara maklumat PERSEPSI dan maklumat SEBENAR dengan melakukan sedikit carian mahupun homework supaya kita tidak membabi buta mempercayai satu-satu berita.

Pssstt Nik Aziz diberitakan akan meletakkan jawatan dalam sehari dua lagi...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels