Followers

Saturday, 11 August 2012

Khalid Makin Gagap - Rafizi Lebih Penting Daripada Nasib Pekerja Jana Niaga & Pelajar UNISEL !!


Nampaknya isu melibatkan UNISEL di Selangor sudah tidak boleh di tutup lagi.Jika sebelum ini Pakatan Haprak dilihat bermati-matian mempertahankan UNISEL kononnya semua dalam keadaan yang baik adalah satu pembohongan.

Khalid sebagai Menteri Besar selangor yang sebelum ini pernah menjanjikan untuk menampung jumlah yuran pelajar dengan menjual aset milik kerajaan negeri sekiranya PTPTN tidak lagi memberikan bantuan  juga sebenarnya hanyalah helah politik atau pun sandiwara yang dilakonkan beliau semata-mata untuk menutup nanah yang semakin membusuk.

Utusan sebelum ini ada mengeluarkan laporan yang menyatakan pekerja pengurusan asrama lancar mogok kerana kebajikan mereka tidak dijaga.Mereka dikhabarkan sudah lama tidak dibayar gaji.


Sumber syarikat konsesi berkata, setakat ini belum ada tanda-tanda para pekerja asrama akan hadir bekerja memandangkan mereka menghadapi masalah kewangan yang teruk kerana tidak dibayar gaji sejak berbulan-bulan lamanya.

Tegasnya, memandangkan bangunan asrama di kampus induk masih di bawah pengurusan syarikat konsesi berdasarkan konsep ‘Bina, Kendali, Pindah (BOT)’, para pekerja mungkin menimbangkan untuk datang bekerja sekiranya Unisel membuat sedikit pembayaran tunggakan mereka itu.

‘‘Sebenarnya bukan kerana terdapat arahan daripada syarikat yang menyebabkan para pekerja ‘mogok’ sejak semalam tetapi kerana mereka sudah tiada duit lagi, hendak isi minyak motosikal pun sudah tidak boleh.

‘‘Apatah lagi hari raya sudah semakin dekat. Pekerja semakin tertekan dan moral kami sudah jatuh," katanya.Klik Sini


Selain dari itu memetik kenyataan daripada blog Dato' Sohaimi Shahadan beliau menyatakan UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.


Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur. 

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Satu persoalan yang bermain di fikiran MMI , dengan apa yang berlaku di UNISEL hari ini adakah ianya mampu membuktikan kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Haprak merupakan sebuah kerajaan yang cekap dan berjiwa rakyat ?


Paling pelik sekali adalah tindakan Menteri Besar Selangor berkenaan kes Rafizi Ramli apabila tak sampai 24 jam tangkapan berlaku beliau telah pun mengumumkan kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk membiayai kos guaman anak ikan Anwar Ibrahim tersebut.Klik Sini

Tetapi dalam soal UNISEL , Khalid dan kerajaan Selangor membisu seribu bahasa.Sebagai sebuah kerajaan negeri yang kononnya paling hebat mengapa tidak ada langsung sebarang pengumuman yang kerajaan negeri Selangor telah menubuhkan dana khas untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu UNISEL.

Sedarkah kita , Khalid sebagai Menteri Besar sanggup berkorban apa saja demi untuk menyelamatkan seorang manusia bernama Rafizi Ramli daripada menyelamatkan UNISEL yang semua orang tahu didalamnya terdapat para pelajar dan para pekerja syarikat swasta yang sedang berjuang demi menuntuk hak dan kebajikan mereka.Klik Sini

Nampak sangat Pakatan Haprak di Selangor pentingkan diri dan konco-konconya daripada berkhidmat untuk rakyat.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels