Followers

Monday, 13 August 2012

Lagi Umum Sokong Pakatan Haprak !!


Senator Maijol Mahap hari ini mengumumkan keluar dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dan memberi sokongan terhadap Gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) itu telah membuat pengumuman dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.

Majlis itu telah dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa Pimpinan Pakatan seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.

Turut kelihatan bekas Pemimpin UMNO yang juga merupakan  Timbalan Pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Maijoi Mahap merupakan Pemimpin ketiga BN Sabah yang bertindak keluar parti selepas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.

Bagi MMI tindakan senator Maijol Mahap ini merupakan tindakan terbaik dan dalam masa yang cukup baik kerana memudahkan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengenali siapa sebenarnya gunting dalam lipatan.

Dari maklumat yang MMI dengar dikhabarkan tindakan senator Maijol keluar dari BN dan memberikan sokongan kepada Pakatan Haprak adalah kerana bimbangkan kedudukan beliau selepas ini.Mungkin ada ura-ura yang nama beliau tidak akan lagi disenaraikan selepas ni kot.

Hehe biasalah tu kan Kadir Sheikh Fadzir pun ada sama masa pengumuman dibuat.

MMI tidak melihat pengumuman terbaru ni memberikan impak yang besar kepada UMNO dan BN malah ianya memudahkan UMNO dan BN sebenarnya dalam mencongak persiapan untuk menghadapi pilihan raya ke13 nanti.

Yang pasti nama Maijol Mahap tidak akan lagi kedengaran melainkan di kem milik Pakatan Haprak!

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels