Followers

Monday 13 August 2012

Senarai Harga Barang Kawalan Untuk Aidilfitri 2012 Yang Perlu Anda Ketahui


Seperti kebiasaan pada setiap tahun kerajaan melalui kementerian terlibat akan mengeluarkan senarai harga barangan kawalan pada setiap kali tibanya musim perayaan.Ini di lakukan bagi mengelakkan masyarakat dan pengguna daripada terpaksa menanggung kos yang tinggi sekiranya harga tidak di kawal.

Kerajaan sememangnya prihatin terhadap rakyatnya bayangkan sekiranya tiada harga kawalan di tetapkan sudah pasti pengguna akan menjadi mangsa kepada sikap sesetengah peniaga dan pembekal yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya sempena dengan musim perayaan.

Bagi tahun 2012, skim kawalan harga akan berjalan selama 15 hari bermula 12 hingga 26 Ogos 2012. Peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barang kawalan bagi membezakannya dengan barang barang lain dan memudahkan pengguna. 

Berikut adalah harga kawalan bagi 20 barang kawalan sempena aidilfitri ini untuk rujukan penggun   

1. Ayam hidup (RM5.70)

2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)

3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

4. Daging lembu tempatan (RM22.00)

5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)

6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)

7. Daging kerbau import India (RM13.50).

8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)

9. Telur gred B (RM0.34 sen)

10. Telur gred C (RM0.33 sen)

11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)

12. Cili merah (RM10.00)

13. Tomato (RM4.50).

14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)

15. Kacang tanah import (RM6.50)

16. Bawang merah kecil India (RM5.00)

17. Bawang besar import (RM2.50)

18. Bawang putih China (RM7.50)

19. Ubi kentang import China (RM3.00)

20. Ikan kembung (RM12.00)


**senarai harga kawalan adalah berdasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kawasan Sabah dan Sarawak mungkin mengalami perbezaan harga. Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan kepada pejabat kpdnkk 

email : aduan@kpdnkk.gov.my
Talian bebas tol : 1-800-886-800
SMS : Taip " KPDNKK ADUAN dan hantar ke 15888

Kepada semua jangan kata kerajaan tak jaga rakyat pula nanti.Sekiranya ada apa-apa masalah berhubunglah dengan pihak yang berwajib seperti yang tertera di atas supaya masalah anda dapat di selesaikan.

Err selain dari membangkang ada puak-puak Pakatan Haprak ambil berat perkara-perkara macam ni ? HAPRAK !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels