Followers

Monday 10 September 2012

BAHAYA ! Bukti Anwar & Pakatan Haprak Bakal Lakukan Kekacauan Pada PRU13 !!!


Tarikh keramat pilihan raya ke-13 hanya berbaki beberapa bulan saja lagi dan seperti biasa kita dapat melihat semua pihak kini dalam persiapan terakhir bagi mempersiapkan jentera masing-masing.

Begitu juga dengan Anwar serta juak-juaknya , dalam keadaan Pakatan Haprak semakin tertekan kerana rakyat semakin bijak dan sudah boleh menilai sikap mereka yang sering berbohong maka wujudlah beberapa isu yang masih menjadi persoalan siapakah sebenarnya dalang di sebalik semua yang berlaku ?

Dalam kesibukan dan kekalutan ini sekali lagi Anwar Ibrahim menggunakan taktik bagi memancing undi dengan membuat spekulasi untuk menunjukkan keyakinan beliau dalam memenangi pilihan raya yang ke-13 nanti.

Anwar dalam kenyataannya dalam antarapos.com dilihat mengeluarkan kenyataan berbunyi “Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR.”Klik Sini

Bagi MMI ini merupakan satu kenyataan berupa ugutan dengan niat untuk mencetuskan kekacauan.Sebenarnya Anwar sendiri sudah pun mengetahui Pakatan Haprak tidak akan menang dalam pilihan raya yang akan datang malah beliau dilihat sudahpun membuat perancangan untuk melakukan sesuatu.

Dalam sedar tak sedar lihat saja kenyataan tersebut bagaimana Anwar boleh pula menyatakan menjelang jam 2.30 petang keputusan sudah pun diperolehi oleh pihak Pakatan Haprak sedangkan proses pengundian dijalankan sehingga ke jam 5 petang ? melainkan mereka mempunyai orang dalam SPR yang membocorkan maklumat sebelum setiap keputusan disahkan oleh pihak SPR.

Dan atas bidang kuasa apa yang membolehkan Anwar untuk mengarahkan SPR mengumumkan keputusan pilihan raya seawal jam 2.30 petang ? 

MMI mencabar Anwar sekiranya benar-benar anak jantan dan berani nyatakan kepada seluruh rakyat dari sumber mana dan siapa yang bakal memberikan keputusan kepada beliau ?

Sekiranya hanya mengguna pakai keputusan counting-counting agen mahupun keputusan tidak rasmi Anwar sebenarnya hanya bermimpi di siang hari.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar cukup bahaya kepada negara kerana dengan jelas Anwar sudah pun menyatakan akan mengambil tindakan serta merta keatas SPR.

Tindakan serta merta keatas SPR sudah cukup untuk membuktikan Anwar sedang merancang tindakan untuk menghuru-harakan negara dan perkara ini seharusnya diberikan perhatian yang serius oleh pihak keselamatan supaya bangsat dan pengkianat seperti Anwar Ibrahim ini di bendung.

Anwar juga sebenarnya menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengundi apabila mahukan SPR membuat pengumuman seawal jam 2.30 petang sedangkan tempoh tamat masa mengundi adalah pada jam 5.00 petang.

Sebenarnya rancangan dan kejadian-kejadian terancang untuk menggunakan kekerasan ini sudah pun digerakkan oleh Anwar serta juak-juak Pakatan Hapraknya.

Tentunya anda semua masih ingat bagaimana huru-haranya himpunan Bersih 3.0 , lihat juga sikap biadap dan kurang ajar juak-juak Pakatan Haprak dalam himpunan janji demokrasi baru-baru ini dan tidak ketinggalan aksi ala-ala james bond pengawal Anwar dalam jelajah merdeka rakyat di Melaka yang mengacukan pistol terhadap orang awam.




Ini semua merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.Percayalah juak-juak Pakatan Haprak yang tidak mempunyai prinsip sudah pasti akan melakukan apa saja demi seorang pemimpin yang diangkat paling suci (walaupun bacul untuk bersumpah laknat) dalam pakatan haprak.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai undang-undang pihak berwajib harus memantau perkara ini dan perlu melakukan sesuatu supaya negara terus selamat dari anasir-anasir bangsat seperti Anwar Ibrahim.

Psstt BN makin mantap sebab itulah Pakatan Haprak semakin meroyan takut cita-cita nak ke Putrajaya tak kesampaian.Pakatan Haprak bakal dikuburkan dalam pilihan raya ke13 , nantikan !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels